Pemikiran al-Ghazali tentang hubungan antara Muslim dengan Muslim dan Muslim dengan Non Muslim

Ahmad Munawar Ismail, Abdul Muhaimin Mahmood

Abstract


Keharmonian dan keamanan merupakan tonggak kepada terbentuknya sebuah tamadun yang unggul dan lestari. Keharmonian dan keamanan ini akan kekal selagi mana persefahaman dan kesepaduan dapat dilaksanakan secara konsisten dengan menjaga hubungan dan keadilan semua pihak. Hubungan dan keadilan ini boleh dipelihara selagi mana kita mematuhi prinsip-prinsip asas kemanusiaan seperti yang telah digariskan dalam syariat Islam. Antara tokoh pemikir Islam yang membicarakan hal ini adalah al-Ghazali (405-505H/1058-1111M). Beliau terkenal sebagai pakar dalam pelbagai disiplin termasuk ilmu fiqh, ilmu akidah, falsafah dan tasawuf. Artikel ini membahaskan pemikiran beliau mengenai aspek penting dalam hal ini dengan memberi tumpuan kepada pemikiran beliau terhadap hubungan antara muslim dengan muslim dan hubungan antara muslim dengan non muslim. Artikel ini adalah hasil dapatan kajian yang menggunakan analisis kandungan sebagai medium pengumpulan data. Selain itu, temu bual turut digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan khususnya dalam konteks Malaysia. Dapatan kajian menujukkan, ada dua bentuk hubungan yang mesti dirai dan dilaksanakan oleh umat Islam. Pertama, hubungan berasakan akidah dan kedua, hubungan berasaskan hak, kehormatan dan kemanusiaan. Pemikiran al-Ghazali mengenai hal ini juga tidak dibahaskan dalam satu bab khusus dalam mana-mana karya beliau, sebaliknya ia telah dibicarakan dalam bab-bab yang berasingan seperti dalam bab muamalat, jinayah dan jihad sesuai dengan topik-topik yang dibahaskan. Jelasnya, apa pun kaedah yang yang kita laksanakan,  hak dan tanggungjawab memelihara hubungan dan keadilan sesama manusia itu mesti berlaku dalam batasan yang dibenarkan syarak. 


Keywords


al-Ghazali; muslim; non muslim; persaudaran agama; dan persaudaran insan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia