Kajian Bibliometrik Penerbitan Mengenai al-Ghazali dalam Pangkalan Data Scopus

Mohd Syukri Zainal Abidin, Faizuri Abd. Latif

Abstract


Al-Ghazali merupakan seorang mujaddid Islam pada abad ke-5 Hijrah. Ketokohan beliau sebagai pemikir Islam sehingga digelar sebagai Ḥujjat al-Islâm (Pembela Islam). Al-Ghazali seorang yang tekun dalam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan sehingga berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu seperti falsafah, kalam dan tasawuf. Kehebatan beliau tidak dapat dinafikan apabila banyak menghasilkan karya atau penulisan dalam pelbagai disiplin ilmu yang telah dipelajarinya. Antaranya kitab yang dihasilkan oleh al-Ghazali termasuklah al-Iqtiṣad fḭ al-`Itiqad, al-Munqiḏ Min al-Ḍalãl, Bidâyah al-Hidâyah, Minhâj al-`Ȃbidḭn, Maqṣad al-Athnâ, Mishkât al-Anwâr, Tahâfut al-Falâsifah, Iḥyâ’ `Ulŭm al-Dḭn, Jawâhir al-Qur’ân dan sebagainya. Karya muktabar ini telah mempengaruhi pemikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah. Walau bagaimanapun, artikel ini meninjau kajian yang dilakukan oleh pengkaji kontemporari di seluruh dunia terhadap al-Ghazali. Kajian ini menggunakan pendekatan bibliometrik dengan memfokuskan pangkalan data Scopus bagi meninjau serta menganalisis pola penerbitan yang telah dijalankan oleh sarjana dan ahli akademik terhadap pemikiran dan sumbangan al-Ghazali. Dapatan mendapati bahawa terdapat ramai profesor dan ahli penyelidik yang menghasilkan serta menerbitkan penulisan yang pelbagai berhubung beliau dalam pelbagai lapisan bidang. Ini menunjukkan al-Ghazali seorang tokoh yang menjadi tumpuan para sarjana baik penelitian menerusi pemikirannya mahupun karyanya. Oleh yang demikian, kajian ini diharap dapat memberikan gambaran sebenar tentang pola penerbitan mengenai al-Ghazali dalam pangkalan data antarabangsa serta menggalakkan para penulis, penyelidik mahupun sarjana untuk menjalankan penelitian, penyelidikan, seterusnya meningkatkan penerbitan mengenai tokoh muktabar Islam ini. Ini juga secara tidak langsung mengangkat tokoh tradisional pada era moden.  


Keywords


Al-Ghazali; bibliometrik; penerbitan; sumbangan; Scopus

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia