Analisis Terhadap Faktor-Faktor Pengaplikasian Konsep Talfiq Menurut Ulama Mu’asirin

Mohd Hafiz Jamaludin, Norhidayah Pauzi, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar

Abstract


Talfiq secara amnya merujuk kepada menghimpunkan beberapa pandangan sehingga terhasilnya satu pandangan yang tidak diakui oleh mana-mana mujtahid. Sebahagian besar fuqaha muta’akhirin menolak keras pengaplikasian konsep talfiq dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan hukum berikutan kesan-kesan negatif yang terhasil daripada konsep tersebut. Namun realiti semasa sebaliknya, keperluan kepada konsep talfiq merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan dalam pelbagai keadaan. Oleh yang demikian kajian bertujuan mengkaji faktor-faktor pengaplikasian konsep talfiq disisi ulama mu’asirin berasaskan realiti semasa. Kajian ini bersifat kualitatif data-data dikumpul melalui metode kepustakaan dan temubual. Seterusnya dianalisis melalui metode tematik. Kajian mendapati faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaan konsep talfiq dalam pengaplikasian semasa adalah berasas namun pengaplikasiannya mestilah berpandukan dawabit hukum yang betul dalam memastikan ia tidak disalah guna sehingga terjerumus kepada tatabbu’ rukhas di dalam hukum.


Keywords


talfiq; taqlid; ulama; usul fiqh; hukum

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia