Isu Pendidikan Guru Tahfiz: Pengetahuan Pedagogi dan Amalan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Tahfiz Persendirian di Selangor

Siti Rashidah Abd Razak

Abstract


Masyarakat melihat sekolah aliran agama merupakan institusi penting bagi melahirkan pelajar yang berakhlak dan berkeperibadian Islam yang baik. Justeru, pengajian tahfiz menjadi salah satu platfom untuk masyarakat menterjemahkan kesedaran tersebut. Peredaran masa telah menjadikan permintaan pengajian aliran tahfiz mendapat tempat selain sistem pendidikan arus perdana. Atas permintaan yang meningkat, institusi tahfiz yang dipelopori oleh kerajaan tidak berupaya menampung jumlah permintaan daripada masyarakat. Kesannya ia telah membuka ruang bagi institusi tahfiz swasta untuk turut serta membantu kerajaan dalam memenuhi permintaan yang banyak. Dengan demikian, adanya gandingan dari pihak kerajaan dan swasta prospek bagi perkembangan bidang pengajian tahfiz ini sangat luas. Lambakan institusi tahfiz terutama institusi tahfiz swasta turut memberi kesan dan akibat dari ketidakselarasan dalam pentadbiran, kurikulum, isu pendidikan guru, penarafan sijil dan sebagainya. Tinjauan di sebuah pusat tahfiz milik persendirian terhadap beberapa isu pendidikan guru tahfiz khususnya pengetahuan dalam pedagogi dan amalannya dalam proses pengajaran di pusat tahfiz kelolaan mereka. Penulisan ini secara umumnya merupakan gabungan kualitatif di mana ia digolongkan kepada penyelidikan kepustakaan (library research) dan kajian lapangan (field research), kerana sumber datanya diperolehi dari sumber perpustakaan dan lapangan melalui pemerhatian dan temuramah responden. Obejktif kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti pengetahuan pedagogi guru tahfiz dan amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat tahfiz persendirian yang tersebut. Penulisan ini akan menjelaskan isu-isu berkaitan pengetahuan pedagogi guru dan amalannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat tahfiz tersebut yang perlu diberi perhatian untuk penambahbaikan sejajar dengan hasrat pengurusan yang ingin menjadikan pusat tahfiz mereka mampu seiring dengan pusat tahfiz arus perdana. Walaupun data dan maklumat terhad kepada pusat tahfiz ini sahaja tetapi pihak pengusaha pusat tahfiz persendirian yang lain perlu melihat isi penulisan secara positif ke arah memartabatkan pendidikan tahfiz dalam menghadapi cabaran PAK21(Pembelajaran Abad ke-21).

Tahfiz Teacher Education Issues: Pedagogical Knowledge and Practice in the Teaching and Learning Process at a Private Tahfiz Center in Selangor

People see religious schools as an important institution to produce good students and good Islamic experiences. Thus, tahfiz studies become one of the platforms for society to translate the consciousness. The passage of time has made the demand for tahfiz flow study a place besides the mainstream education system. Upon rising demand, a government-led tahfiz institution is unable to cope with the growing demand from the community. As a result it has opened up space for private tahfiz institutions to participate in assisting the government in fulfilling many demands. Thus, the coupling of government and private prospects for the development of the tahfiz field is very broad. Abdul Rahman (et.all) 2012, said that the burden of the tahfiz institutions, especially the private tahfiz institutions, has also affected the effects of unconformity in administration, curriculum, teacher education issues, certificate ratings and so on. A survey on a privately held tahfiz center on some of Tahfiz teachers’ education issues, especially knowledge in pedagogy and practice in the teaching process in their managed tahfiz centers. This writing is generally a qualitative combination in which it is classified into library research (library research) and field research, as its data sources are derived from library and field sources through observation and interviews of respondents. This writing will address issues related to pedagogical knowledge of teachers and their practice in the process of teaching and learning at the center of tahfiz that should be given attention to improvements in line with the management’s desire to make their central tahfiz able to conform with the mainstream tahfiz center. Although data and information are limited to the center of tahfiz only, other private Tahfiz center operators need to see the contents of the writing positively towards upholding tahfiz education in the face of the challenges of PAK21 (21st Century Learning).


Keywords


Huffaz; pusat tahfiz persendirian; pedagogi; pendidikan guru tahfiz; pengajaran dan pembelajaran; PAK21

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia