Strategi dan Panduan Kesantunan Bahasa Menurut Perspektif Islam

Wan Siti Fatimatul Akmal W. Hassan, Suhaila Zailani @ Ahmad

Abstract


Bahasa menjadi medium perantaraan sebagai alat komunikasi bagi manusia untuk berhubung sesama mereka. Namun begitu, penggunaan bahasa seringkali menjadi satu konflik apabila wujudnya pergeseran dalam sesuatu
interaksi yang tidak dipaksikan dengan nilai kesantunan. Bagi mengurangkan konflik dalam pertuturan, Islam telah menggariskan beberapa panduan dan syarat yang harus dipatuhi bagi seorang Muslim untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni dengan bersandarkan kepada dua sumber utama iaitu al-Quran dan hadis. Tujuan utama penulisan artikel ini adalah untuk berkongsi hasil kajian berkaitan strategi kesantunan berbahasa yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Kajian yang menggunakan kaedah analisis kandungan sepenuhnya ini telah mengupas dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis bagi mengukuhkan isi perbincangan kajian kesantunan bahasa. Selain itu, maklumat yang diperoleh daripada buku, artikel, jurnal dan tesis yang mengupas tentang perbahasan para sarjana berkaitan aspek kesantunan bahasa turut dikenalpasti bagi mendapatkan data sokongan. Hasil analisa dapatan kajian mendapati terdapat 4 strategi dikemukakan dalam al-Quran dan hadis dalam memupuk kesantunan berbahasa iaitu strategi salam, strategi komunikasi, strategi doa dan strategi syukur. Secara keseluruhannya, keempat-empat strategi yang dikemukakan ini membuktikan bahawa nilai kesantunan berbahasa menjadi panduan asas masyarakat untuk menggalakkan komunikasi yang lebih berkesan dan harmoni selari dengan tuntutan agama.

The Strategies and Guidelines of Language Politeness from Islamic Perspective

Language is a medium as a means of communication for people to connect to each other. However, the use of language might lead into conflict when the values and politeness are neglected. To minimize the chance of the conflict, Islam has outlined some guidelines that Muslim must adhere to maintain the balance and harmonious communication which based on al-Quran and Hadis. The main purpose of this study is to review the strategies of language politeness which are based on quran and hadis. This study is using both content analysis and qualitative method. The arguments from the al-Qur’an and the Hadis will also be used as the main sources in the study language politeness. Literature reviews taken from the books, articles, journals and theses containing the discussions among the scholars are also have reviewed to support the data analysis. The study found that there are 4 strategies mentioned in the Quran and hadis, they are: salaam/greeting strategy, communication strategy, prayer strategy and gratitude strategy. As the conclusion, the stated strategies prove the language politeness becomes a basic guide for the society to promote more effective and harmonious communication parallel with the religious demands.


Keywords


Strategi; panduan; kesantunan bahasa; Islam; al-Quran dan Hadis

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 1234-5678

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia