Pelaksanaan Amalan Talaqqi dan Mushafahah dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Al-Quran di Malaysia

Ashraf Ismail, Ab. Halim Tamuri, Nurul Hudaa Hassan

Abstract


Tahfiz al-Quran adalah satu mata pelajaran tradisi yang menjadi kebanggaan umat Islam sepanjang zaman. Kelebihan mempelajari bidang ini telah disebut dalam kebanyakan kitab muktabar karangan ulama silam. Di Malaysia, ia menjadi mata pelajaran teras dan wajib diikuti oleh semua pelajar dalam program tahfiz al-Quran termasuklah Diploma Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tonggak penting dalam pengajaran bidang ini adalah pensyarah atau tenaga pengajar yang melaksanakan pengajaran. Artikel ini adalah hasil analisa dapatan kajian berkaitan pelaksanaan amalan talaqqi dan mushÉfahah dalam pengajaran tahfiz al-Quran di Malaysia. Tulisan ini adalah hasil kajian kualitatif ini terhadap pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Seramai enam orang pensyarah Tahfiz al-Quran dari empat buah Maahad Tahfiz di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dipilih sebagai peserta di dalam kajian ini. Data kajian ini telah diperoleh melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan semua peserta kajian menyatakan bahawa mereka mengamalkan kaedah talaqqÊ dan mushafahah. Namun berdasarkan pemerhatian didapati kaedah tersebut tidak diamalkan sepenuhnya kerana mereka lebih mengutamakan kaedah tasmi’. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran melalui kaedah talaqqi dan mushÉfahah kerana kaedah ini telah dipelopori sejak penerimaan wahyu pertama ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS.

Implementation of Talaqqi and Mushafahah Practice in Teaching of Tahfiz Al-Quran in Malaysia

Tahfiz al-Quran is a subject of tradition that is the pride of Muslims throughout the ages. The advantages of studying this field have been mentioned in most of the kitab muktabar. In Malaysia it is a core subject and must be followed by all students in all Tahfiz al-Quran including Diploma Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat under the Department of Islamic Development Malaysia. Essential pillars in teaching this field are lecturers or instructors who carry out teaching. This article is the result of an analysis of the findings related to the practice of talaqqi and mushafahah in the teaching of the QuranTahfiz in Malaysia. This qualitative study was conducted to examine the implementation of talaqqi and mushafahah practices performed during the teaching and learning of The Tahfiz al-Quran. A total of six lecturers were selected from four Maahad Tahfiz under the Department of Islamic Development Malaysia selected as participants in this study. The data were collected data through interviews, teaching observations and document analysis. The findings show that all participants of the study state that they practice the talaqqi and mushafahah methods. However, based on observation, the method was not fully applied because they preferred tasmi’ method. Overall, the findings of this study can be used as a guide to improve the quality of teaching and learning of tahfiz al-Quran through talaqqÊ and mushafahah methods as this method has been spearheaded since the first revelation of al-Quran from the Jibril AS on the Great Prophet Muhammad SAW.


Keywords


Tahfiz al-Quran; amalan pengajaran dan pembelajaran; talaqqi; mushafahah; Malaysia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 1234-5678

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia