Keperluan Penggunaan Modul Etika Kerja Guru dalam Meningkatkan Penghayatan Nilai Pelajar

Mohamad Khairi Haji Othman, Alis Puteh, Mohd Zailani Mohd Yusoff, Fauziah Abdul Rahim

Abstract


Untuk melahirkan masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil dan progresif, setiap guru harus memainkan peranan sebagai role model kepada pelajar. Kepatuhan guru terhadap etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kod etika guru dan Standard Guru Malaysia perlu dititikberatkan bagi melahirkan golongan pendidikan yang memiliki nilai etika yang baik dan berkualiti tinggi. Menyedari kepentingan ini, satu modul etika kerja guru telah dibina khusus bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan amalan tentang etika kerja bertujuan melahirkan guru yang berkualiti pada masa kini dan pada masa hadapan. Artikel ini memberi tumpuan kepada pembinaan modul tersebut yang telah dibuat berdasarkan Model Pembinaan Modul yang telah perkenalkan oleh Sidek Noah. Dalam membangunkan sesebuah modul, Model ini telah menetapkan dua peringkat, iaitu sembilan langkah di peringkat pertama dan dua langkah di peringkat kedua. Modul etika kerja ini telah melalui kesemua peringkat yang dicadangkan. Berdasarkan hasil penilaian yang dilakukan oleh pakar penilai modul mendapati bahawa aras pekali secara keseluruhan bagi kesahan modul adalah 0.79 dan kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk modul etika kerja KPM adalah tinggi iaitu 0.95. Dapatan kajian membuktikan bahawa modul etika kerja KPM ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini mendapati, semua aktiviti yang terkandung dalam modul ini adalah sesuai dan boleh digunakan sebagai alat, bahan, sumber dan panduan yang boleh memberi bimbingan, kesedaran, keinsafan, semangat dan motivasi kepada semua guru sekolah di seluruh Malaysia. Ia juga berupaya meningkatkan kesedaran dan kualiti tingkah laku para guru dan pelajar sekaligus meningkatkan penghayatan nilai murni dalam kalangan guru dan pelajar. Modul yang dihasilkan ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk melahirkan para guru yang berkualiti pada masa akan datang.

The Use of Teachers’ Working Ethics Module in Increasing Students’ Internalization of Positive Values

In the effort to produce a society that is civilised, unified, democratic, impartial, liberal and progressive, teachers should be the role model for the students. Based on this fact, teachers should act in accordance to MOE’s working ethics, teachers’ working ethics and Malaysian Teachers’ Standard as the main aim is to equip the human capital with knowledge as well as good integrities and moral values. With the understanding of teachers’ working ethics, it is pertinent that teachers observe their behaviours accordingly. Recognizing this importance, a teacher work ethic
module has been specifically developed to enhance knowledge, understanding and practice on work ethics aimed at producing quality teachers today and in the future. This article focuses on the construction of the module that has been developed based on the Module Construction Model that has been introduced by Sidek Noah. In developing a module, the Model has set two stages, namely nine steps in the first stage and two steps in the second stage. The work ethic module has gone through all the recommended levels. Based on the evaluation result by a module evaluation specialist, it is found that the coefficient level for module validity is 0.79 and the Alpha Cronbach reliability for this module is 0.79 which is very high. The result findings showed that this module has a high validity and reliability. From this study, it is found that all the activities suggested in the module are suitable and usable as tools or resources, and can act as a guidebook that helps facilitate, gives awareness, inculcates the feeling of repentance and motivates all the teachers in Malaysia. The fact is, this module can help increase the understanding and quality in teachers’ and students’ behaviours. Indirectly, the internalization of soft skills or positive moral values can be inculcated, developed and enhanced which would result in the decrease of discipline problems among students.


Keywords


modul; etika; kerja; guru; penghayatan nilai

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 1234-5678

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia