Fasa Dasar Luar Turki: Satu Kajian di Timur Laut Afrika Sejak 1523M

Muhammad Fauzan Rosli, Ermy Azziaty Rozali

Abstract


Dasar luar Republik Turki di Afrika semakin pragmatis sejak 2005. Pencapaian kerajaan Turki di wilayah timur laut Afrika walau bagaimanapun, adalah rentetan hubungan lampau yang dirintis oleh daulah ‘Uthmaniyyah semenjak kurun ke-16M. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti peranan dan hubungan sejarah ‘Uthmaniyyah dengan dasar luar kerajaan Turki. Kajian kualitatif ini dijalankan melalui kaedah kepustakaan serta berpandukan sumber-sumber berautoriti terutama daripada pihak kerajaan Turki. Maklumat yang diperolehi dianalisis bagi melihat persamaan, dibuat perbandingan serta menghasilkan interpretasi terhadap faktor yang menggerakkan dasar luar tersebut pada setiap fasa. Kajian mendapati, hubungan ‘Uthmaniyyah dan dasar luar Turki di timur laut Afrika telah melalui tiga tempoh fasa jatuh dan bangun. Fasa pertama tercetus atas pengaruh individu dalam dasar luar ‘Uthmaniyyah dengan perluasan wilayah serta menguasai laluan perdagangan. Setelah itu, berkembang kepada fasa organisasi separa-tersusun yang pada awalnya memberi perhatian kepada dasar perluasan kuasa dan asimilasi tersusun oleh Khedive Mesir, bertukar kepada kerjasama ekonomi dan kebudayaan sepanjang dekad 1950-an hingga 2000-an. Ketika fasa organisasi tersusun berlaku simbiosis antara agensi kerajaan dengan agensi bukan kerajaan (NGO) yang merangkumi kesatuan ekonomi dan kemanusiaan, menyaksikan keberkesanan dasar luar Turki yang semakin matang.

Turkish Foreign Policy: A Study in Northeast Africa Since 1523AD

Since 2005 Turkish foreign policy in Africa becoming more pragmatic. Turkey’s achievement in northeast Africa, however, had pioneered by their predecessor, the Ottoman dated back to the 16th century. Therefore, the objective of this article is to identify the features of each phases and Turkey roles in the said region. This qualitative study is carried out through literature refers mostly on authority sources mainly from the Turkish government. The collected information analyzed to obtain similarities, make comparisons and produce interpretations on the factors that are driving the policy in every phases. Study found that Ottoman relation and Turkey's foreign policy in the northeast Africa had undergone three up and down phases. First phase involved the individuals’ influences on the Ottoman foreign policies carried by the territory expansion and controlling the trade route. It develop into the semi-structured organization phase as the beginning focused on the power expansion and organized assimilation by the Khedive as well as the economic and cultural co-operation throughout the year of 1950-2000. On structured organizational phase, symbiosis merges between government agencies and non-government organization (NGO) likewise economic and humanitarian society shows the implication of the matured Turkish foreign policies.

 


Keywords


Dasar luar Turki; timur laut Afrika; pengaruh individu; organisasi tersusun; agensi bukan kerajaan (NGO)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 1234-5678

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia