Epistemologi dan Metodologi Sains Islam di Era Revolusi Industri 4.0

Wan Fariza Alyati Wan Zakaria

Abstract


Revolusi Industri Keempat merupakan satu perubahan yang berlaku secara drastik kepada peradaban manusia di mana dunia menyaksikan penggunaan Internet of Things (IoT) dan perkembangan teknologi tanpa batas sempadan. Penggerak utama kepada Revolusi Industri Keempat ini iaitu sains dan penciptaan teknologi berasaskan IoT serta Artificial Intelligence (AI) merubah makna menjadi manusia (post-humanism). Sains dalam tamadun Islam muncul sebagai hasil daripada pandangan alamnya yang syumul, justeru sains era Revolusi Industri Keempat kini tidaklah boleh diterima kebenarannya secara membuta tuli kerana asas epistemologi dan metodologinya yang asing daripada asas epistemologi dan metodologi Islam. Berdasarkan premis di atas, umat Islam memerlukan sains yang tersendiri, hasil daripada pandangan hidup dan nilainya yang sejati. Karya ini meneliti premis epistemologi dan metodologi sains Islam berdasarkan kaedah analisis dokumen yang terkandung dalam penulisan beberapa orang pemikir Islam seperti Ziauddin Sardar, Alparslan Acikgenc dan Osman Bakar secara umum. Ia pada akhirnya merumuskan bahawa sains dan teknologi Islam mempunyai kerangkanya yang tersendiri dan menjadi alternatif kepada sains dan teknologi Barat.

Epistemology and Methodology of Islamic Science in the Age of Industrial Revolution 4.0

The Fourth Industrial Revolution is a great transformation that radically changes human civilisation through the application of Internet of Things (IoT) and advancement of technology without borders. The main driver for the Fourth Industrial Revolution is science and technology based on IoT and artificial intelligence (AI) that transform the meaning of being human to post-humanism. Science in the Islamic civilisation emerged as the result of its comprehensive worldview; therefore the science of the Fourth Industrial Revolution should not be accepted based upon its claim of truth purely because of its alien foundation in epistemology and methodology from the worldview of Islam. Based upon the abovementioned premise, the Muslim ummah needs itw own science that originated from the worldview of Islam and its own sets of values. This article studies the Islamic science premises in epistemology and methodology based upon document analysis method founded in the writings of some contemporary Muslim scholars namely Ziauddin Sardar, Alparslan Acikgenc and Osman Bakar. Finally, it synthesizes Islamic science and technology within its own framework and set to be an alternative to Western science and technology.


Keywords


Epistemologi; sains; teknologi; epistemology; science; technology; Islam; 4IR

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 1234-5678

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia