Nomophobia Among Muslim Netizens in Malaysia: Understanding Smartphone Anxiety in a Digital Religious Context
Abstract
ABSTRACT
Dependence on digital technology, particularly smartphones, has become a global concern and is increasingly affecting Malaysian society. Among Muslim netizens, nomophobia defined as the anxiety experienced when losing access to one’s smartphone has emerged as a pressing issue due to its implications for daily functioning and religious responsibilities. This study examines the level of nomophobia and explores the factors contributing to phone-related anxiety among Muslim netizens in Malaysia. A cross-sectional survey design was employed, with data collected through questionnaires using a purposive sampling method. Descriptive analysis, including cross-tabulation and level analysis, was conducted using SPSS version 32.0. The findings reveal that a substantial majority of respondents experienced nomophobia, with 94.12% (n = 144) reporting moderate to high levels of anxiety (47.06% moderate and 47.06% high). The primary contributors to this anxiety include fear of losing connectivity and access to information, followed by concerns about reduced convenience and difficulties in communication without a smartphone. These results underscore the central role of smartphones in the daily lives of Muslim netizens. The discomfort and anxiety associated with losing access to these devices point to a growing dependence that may affect psychological well-being and influence daily routines, including aspects related to religious engagement. Greater awareness is therefore needed regarding the behavioural and emotional risks associated with excessive reliance on digital technology. The study offers insights that may inform the Digital Education Policy, particularly in strengthening digital literacy and promoting more balanced and responsible smartphone use.
Keywords: Digital; Muslim netizens; nomophobia; religious; smartphone anxiety
ABSTRAK
Kebergantungan terhadap teknologi digital, khususnya telefon pintar, semakin menjadi isu global dan turut memberi kesan ketara kepada masyarakat di Malaysia. Dalam kalangan netizen Muslim, fenomena nomofobia, iaitu perasaan resah dan cemas apabila kehilangan akses kepada telefon pintar, semakin membimbangkan kerana implikasinya bukan sahaja terhadap kehidupan seharian, malah terhadap pelaksanaan tanggungjawab keagamaan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menilai tahap nomofobia serta mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kebimbangan
berkaitan penggunaan telefon pintar dalam kalangan netizen Muslim di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas dengan pengumpulan data melalui soal selidik yang diedarkan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Analisis deskriptif, termasuk tabulasi silang dan analisis tahap, telah dijalankan menggunakan perisian SPSS versi 32.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar responden mengalami nomofobia, dengan 94.12% (n = 144) berada pada tahap kebimbangan sederhana hingga tinggi (masing-masing 47.06% bagi
tahap sederhana dan tinggi). Faktor utama yang menyumbang kepada kebimbangan ini ialah ketakutan untuk terputus hubungan dan kehilangan akses kepada maklumat, diikuti oleh kebimbangan terhadap pengurangan kemudahan serta kesukaran berkomunikasi tanpa telefon pintar. Hasil kajian membuktikan peranan penting telefon pintar dalam kehidupan harian netizen Muslim. Perasaan tidak selesa dan keresahan apabila tidak dapat mengakses peranti ini mencerminkan tahap kebergantungan yang semakin meningkat, yang berpotensi menjejaskan kesejahteraan psikologi serta mempengaruhi corak rutin harian, termasuk aspek yang berkaitan dengan penglibatan keagamaan. Oleh itu, peningkatan kesedaran terhadap risiko tingkah laku dan emosi akibat penggunaan teknologi secara berlebihan amat
diperlukan.
Kata kunci: Digital; keagamaan; kebimbangan terhadap telefon pintar; netizen Muslim; nomofobia
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia