“Syaitan di Lautan”: Analisis Āthār ʿAbdullāh Bin ʿAmr Bin Al-ʿĀṣ Tentang Ancaman Sinkretisme Akidah di Era Digital

KHAIRULNAZRIN NASIR, KHADHER AHMAD, AHMAD ZAHIRUDDIN MOHD ZABIDI, MEGUELLATI ACHOUR

Abstract


ABSTRAK


Era digital telah melahirkan satu cabaran akidah yang kompleks, iaitu fenomena “sinkretisme digital.” Terma ini merujuk kepada percampuran halus antara prinsip-prinsip Islam yang tulen dengan ideologi asing melalui platform Internet tanpa disedari oleh pengguna awam. Prinsip-prinsip teras Islam dicampuradukkan secara halus dengan ideologi asing seperti spiritualiti Zaman Baru (New Age) dan pseudosains. Ancaman ini tidak menolak agama secara terang-terangan, sebaliknya beroperasi melalui penyerapan dan pembingkaian semula (reframing) ayat-ayat al-Quran dan terminologi Islam untuk memberikan legitimasi kepada pandangan alam bukan-tauhidik. Artikel ini menghujahkan bahawa āthār (riwayat sahabat) ʿAbdullāh bin ʿAmr bin al-ʿĀṣ mengenai “syaitan laut” yang akan keluar dan “membaca Quran” kepada manusia yang diriwayatkan dalam Muqaddimah Sahih Muslim berfungsi sebagai kerangka metafora yang tajam untuk menganalisis ancaman kontemporari ini. Walaupun majoriti ulama hadis mengklasifikasikannya sebagai Israʼiliyyat dan bukan sumber akidah yang pasti, kajian ini mengemukakan satu pembacaan hermeneutik di mana “lautan” melambangkan internet yang tidak terkawal, “syaitan yang dibebaskan” mewakili ideologi subversif yang disebarkan tanpa sempadan dan tindakan “membaca Quran” adalah analogi tepat bagi strategi penyelewengan makna (tahrif al-maʼnawi). Melalui metodologi analisis kandungan kualitatif, kajian ini terlebih dahulu membedah status āthār menurut neraca ilmu hadis, sebelum menganalisis kajian kes fenomena semasa seperti “Undang-undang Tarikan Islamik” (Islamic Law of Attraction) dan komodifikasi ayat al-shifaʼ (ayat-ayat penyembuhan). Dapatan menunjukkan bahawa platform digital membolehkan penyebaran ideologi sinkretik yang menggunakan mekanisme dekontekstualisasi, pemilihan selektif (cherry-picking) dan eisegesis untuk mencipta sebuah “Quran” palsu yang mengancam integriti akidah. Artikel ini menyumbang kepada wacana ilmiah dengan merapatkan jurang antara pengajian turath dan cabaran teologi moden, sekali gus menggariskan keperluan mendesak untuk literasi agama digital yang kritis dalam kalangan umat Islam.


Kata kunci: Akidah Islamiah; Āthār ʿAbdullāh bin ʿAmr bin al-ʿĀṣ; era digital; penyelewengan al-Quran; sinkretisme


ABSTRACT


The digital era has given rise to a complex creedal challenge: the phenomenon of “digital syncretism,” in which core Islamic principles are subtly blended with external ideologies such as New Age spirituality and pseudoscience. This threat does not openly reject religion but operates through the appropriation and reframing of Quranic verses and Islamic terminology to legitimise non-monotheistic worldviews. The study argues that the āthār (Companion report) of ʿAbdullāh bin ʿAmr bin al-ʿĀṣ regarding “sea devils” that will emerge and “recite a Quran” to people, as narrated in the Muqaddimah of Sahih Muslim, offers a compelling metaphorical framework for analysing this contemporary phenomenon. Although most hadith scholars classify this report as Israʾiliyyat and not a definitive source of creed, the study proposes a hermeneutical reading in which the “ocean” symbolises the unregulated digital sphere, the “released devils” represent borderless subversive ideologies, and the act of “reciting a Quran” serves as a precise analogy for the distortion of meaning (taḥrif al-maʿnawi). Employing a qualitative content analysis methodology, the study first examines the status of the āthār within the science of hadith, before analysing contemporary case studies such as the so-called “Islamic Law of Attraction” and the commodification of ayat al-shifaʾ (healing verses). The findings indicate that digital platforms facilitate the spread of syncretic ideologies through mechanisms of decontextualisation, selective appropriation, and eisegesis, thereby constructing a misleading “Quran” that threatens the integrity of the creed. The study contributes to scholarly discourse by bridging turath (classical heritage) studies with contemporary theological challenges, underscoring the urgent need for critical digital religious literacy among Muslims.


Keywords: Āthār ʿAbdullāh bin ʿAmr bin al-ʿĀṣ; digital era; distortion of the Quran; Islamic creed; syncretism




Keywords


Akidah Islamiah; Āthār ʿAbdullāh bin ʿAmr bin al-ʿĀṣ; era digital; penyelewengan al-Quran; sinkretisme

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia