IMPLICATION CRITERIA OF CHANGE IN IMKAN AL-RUKYAH ON THE DETERMINATION OF THE HILAL AND THE FORMATION OF THE HIJRI CALENDAR IN MALAYSIA [IMPLIKASI PERUBAHAN KRITERIA IMKAN AL-RUKYAH TERHADAP PENENTUAN HILAL DAN PEMBENTUKAN TAKWIM HIJRI DI MALAYSIA]

Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Ibnor Azli Ibrahim

Abstract


Abstrak

 

Lazimnya penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah menurut kaedah fiqh adalah berdasarkan merukyah hilal. Namun, perbezaan pemahaman terhadap tafsiran hadis telah menyebabkan lahirnya dua kaedah bagi menetapkan kenampakan hilal iaitu melalui rukyah dan hisab. Kemajuan teknologi serta perkembangan ilmu telah memungkinkan kedua-dua kaedah ini digabung dan akhirnya menjadi kaedah baharu dalam menentukan jangkaan kenampakan hilal iaitu kaedah imkan al-rukyah (IR). Secara dasarnya, kaedah ini bergantung pada satu kriteria tertentu yang memungkinkan hilal dapat dilihat menggunakan alatan bantuan optik. Bagi negara MABIMS, kaedah imkan al-rukyah telah mula dipraktikkan bermula tahun 1992 dengan berpedomankan kriteria yang telah disepakati. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016 terdapat usul untuk meminda kriteria sedia ada dan dipersetujui di antara negara MABIMS. Persoalan yang timbul adalah wujudkah kesan dengan perubahan tersebut? Oleh yang demikian, kajian ini akan meneliti implikasi perubahan kriteria ini terhadap penentuan hilal dalam membentuk takwim Hijri di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metode komparatif dengan membandingkan data kriteria IR 1992 dan IR 2016. Hasil kajian ini mendapati perubahan kriteria IR 2016 tidak memberi impak besar terhadap pembentukan takwim Hijri. Akan tetapi perubahan kriteria tersebut memberi sedikit kekeliruan semasa penentuan hilal kerana nilai kriteria IR 2016 memungkinkan hilal dapat dilihat melalui bantuan alatan optik meskipun tidak memenuhi syarat kriteria.

 

Kata Kunci: kriteria imkan al-rukyah, takwim Hijrah, rukyah, hilal, MABIMS

 

Abstract

 

The determination of the beginning of Ramadan, Syawal and Zulhijjah in Islamic jurisprudence is based on the sighting (rukyah) of the crescent (hilal). However, differences in the interpretation of hadith have led to the emergence of two methods for establishing the visibility of the crescent: namely rukyah and hisab. The advancement of technology and the development of knowledge have enabled the integration of these two methods, resulting in a new approach known as the imkan al-rukyah (IR) method for predicting the expected sighting of the crescent moon. This method relies on specific criteria that allow the use of optical aids to observe the hilal. In the MABIMS countries, the practice of the imkan al-rukyah method began in 1992, following agreed-upon criteria. However, in 2016, there was a proposal to amend the existing criteria, which was subsequently approved among the MABIMS countries. The question arises as to whether these changes have had any impact. Therefore, this study aims to examine the implications of these revised criteria on hilal determination in forming the Hijri calendar in Malaysia. To achieve this objective, a comparative methodology is employed, comparing the data of the IR criteria from 1992 and 2016. The findings of this study indicate that the changes in the IR criteria in 2016 did not have a significant impact on the formulation of the Hijri calendar. However, these changes have led to a confusion during hilal determination, as the revised criteria in 2016 allow for the use of optical aids to observe the hilal, even if they do not meet the specified criteria.

 

Keywords: imkan al-rukyah criteria, Hijri calendar, rukyah, hilal, MABIMS


Full Text:

PDF

References


Abdul Hamid Tahir. (1990). Unsur-unsur Astronomi Praktik untuk Kegunaan Ukur Tanah. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahman Salleh. (2012). Ilmu Miqat: Hitungan Waktu dan Takwim. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Anwar, Syamsul. (2012). Metode Penetapan Awal Bulan Qamariah. Analytica Islamica 1(1).

Azhari Mohamed. (2012). Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah 1433H/2012. Diakses 18 Disember 2018. https://wk.kats.gov.my/sites/.pdf

Azhari, Susiknan. (2013). Penyatuan Kalender Islam: Mendialogkan Wujûd al-Hilâl dan Visibilitas Hilal. Ahkam Journal of Sharia 13(2).

Fadholi, Ahmad. (2018). Pandangan Ormas Islam terhadap Draf Kriteria Baharu Penentuan Kalender Hijriah di Indonesia. Jurnal Hukum Islam. 18(1), 198-220.

Fatoohi, L.J., Stephenson, F.R. & al-Dargazelli, S.S. (1999). The Babylonian First Visibility of the Lunar Cresent: Data and Criterion, Journal for the History of Astronomy. 30(1).

Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad. (2005). Lisan al-‘Arab. Bayrut: Dar Sadir li al-Tiba‘ah wa al-Nashr.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2022). Kaedah Penetapan Rasmi 1 Syawal 1443H di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Diakses 15 Mei 2023 dari https://www.islam.gov.my/ms/kenyataan-media/3105-kenyataan-media-jabatan-kemajuan-islam-malaysia-jakim-berkenaan-kaedah-penetapan-rasmi-1-syawal-1443h-di-malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Bahali. (t.th.). Amalan Takwim Hijri di Malaysia. Diakses 6 Ogos 2021 dari http://www.muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Kertas_Kerja/2015/Seminar_Falak/Amalan_Taqwim_Hijri_Di_Malaysia.pdf

Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah. (2004). al-Mu‘jam al-Wasit. Cet. ke-4. Mesir: Maktabat al-Shuruq al-Dawliyyah.

Mohammad Ilyas. (1996). Islamic Astronomy and Science Development. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara.

Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Mohammaddin Abdul Niri, Saadan Man, Khadher Ahmad & Mohd Zambri Zainuddin. (2015). Relevensi Penggunaan Kriteria Imkanurrukyah dalam Penentuan Awal Bulan Ramadan dan Syawal di Malaysia. Jurnal Falak. 1.

Mohd Zambri Zainuddin & Mohd Saiful Anuar Mohd Nawawi. (2022). Kriteria Imkan al-Rukyah yang Baharu 1443 Hijrah. Webinar Falak Nusantara 1443H (Bulan Falak Malaysia).

Mukhlas, Shofiyullah. (2009). Hisab Falak dan Rukyat Hilal: Antara Misi Ilmiah dan Seruan Ta’abudd. Jurnal Hukum Islam. 11(1). http:e-journal.stain-pekalongan.ac.id/index.php/jhi

Odeh, Mohammad. (2004). New Criterion for Lunar Crescent Visibility. Experimental Astronomy. 18, 39-64. 10.1007/s10686-005-9002-5.

Parker, G.N. (1893). Our Calendar: The Julian Calendar and Its Errors. How Corrected by the Gregorian. Washington: F.R. Miller blank Book Company

Philip, A. (1921). The Calendar: Its History, Structure and Improvement. London: Cambridge University Press.

Rakhmadi, Arwin Juli. (2018). Pengantar Ilmu Falak. Depok: PT Rajagrafindo Persada.

al-Razi, Muhammad ibn Abu Bakr ibn ‘Abd al-Qadir. (2003). Mukhtar al-Sihhah. al-Qahirah: Dar al-Hadith.

Unit Falak, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2001). Kaedah Penentuan Awal Hijrah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.