LOANWORD BENEFITS OF MALAY VOCABULARY FROM ARABIC LANGUAGE AMONG ARABIC STUDENTS [MANFAAT PINJAMAN KOSA KATA BAHASA MELAYU DARI BAHASA ARAB TERHADAP PELAJAR BAHASA ARAB]
Abstract
Kosa kata bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Arab. Hal ini dapat dipastikan dengan merujuk Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menyenaraikan perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Namun begitu, belum dapat dipastikan bahawa pelajar-pelajar yang sedang mempelajari bahasa ini menyedari akan hal ini. Lantaran itu, satu kajian tentang manfaat bahasa pinjaman yang ada dalam bahasa Melayu telah dijalankan terhadap pelajar bahasa Arab bagi mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kosa kata bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab. Kajian ini juga akan menganalisis makna dan fungsi kosa kata bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan kajian kuantitatif. Satu set soal selidik yang mengandungi 10 soalan yang menggunakan bahasa pinjaman bahasa Arab telah diberikan kepada 167 orang responden yang merupakan pelajar yang sedang mengikuti kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA Cawangan Dungun. Hasil dapatan mendapati pinjaman kosa kata bahasa Melayu memberi banyak manfaat kepada pelajar terutamanya dalam memahami kosa kata bahasa Arab. Sebanyak 85.03% responden daripada pelbagai latar belakang mendapat markah lebih daripada separuh dan 14.97% responden pula mendapat markah kurang daripada separuh. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa pengetahuan sedia ada bagi pelajar-pelajar bahasa Arab telah membantu mereka untuk mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah.
Kata kunci: manfaat, pinjaman, kosa kata, bahasa Melayu, bahasa Arab
The Malay vocabulary is greatly influenced by other languages, especially Arabic. This can be ascertained by referring to the Kamus Dewan published by Dewan Bahasa dan Pustaka which lists words derived from Arabic Language. However, it has not been confirmed that students who are learning this language are aware of this. Thus, a study on the benefits of Malay loanwords was carried out on Arabic students to identify the level of students' knowledge of the Malay loanwords that are derived ultimately from Arabic. The study analysed the meaning and function of Malay vocabulary borrowed from the Arabic language. In terms of methodology, this study used quantitative research. A set of questionnaires containing 10 questions using Arabic loanwords was given to 167 respondents who were students and they were taking Arabic language courses at Universiti Teknologi MARA at Dungun Campus. According to the findings, loanwords of Malay vocabulary are beneficial to students studying Arabic, especially in understanding Arabic vocabulary. A total of 85.03% of respondents from various backgrounds scored more than half and 14.97% of respondents scored less than half. This situation also shows that the existing knowledge in Arabic language learners has helped them to learn Arabic more easily.
Keyword: benefits, loanword, vocabulary, Malay, Arabic
Full Text:
PDFReferences
Abdullah, I. & Abdullah, I.H. (2018). Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu Analisis Kajian dari Sudut Perubahan Morfologi. Journal of Social Science and Humanities. 13(3), 43-50.
Ahmad, Z., Jalaluddin, N.H., Sultan, F.M.M., Radzi, H. & Yusof, M.S. (2011). Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu: Isu Penyerapan Kata Asing. Jurnal Melayu. 6, 13-27.
Almuddin, S. (2012). Analisis Morfo-fonologi Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris dalam Bahasa Arab. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Eng, C.C. (1999). Kata Pinjaman Bahasa Melayu dalam bahasa Cina di Malaysia. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Hajimaming, P.T. & Mezah, C.R. (2011). Penggunaan Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu dan Implikasinya terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Linguistik. 13, 1-16.
Hassan, A. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn.Bhd.
Hassan, A.T., Ahmad, Z., Abdulah, I.H. & Ahmad, Z. (2011). Perantauan Bangsa Arab ke Alam Melayu: Kesannya terhadap Percambahan Kata Pinjaman Arab-Melayu. Prosiding Seminar Merantau: Imagining Migration in Malay World, March 2011, Goethe, University of Frankfurt, Germany.
Ibrahim, M., Hamid, A.A., Hassan, A.A. & ʽAli, A.M. (1989). al-Muʽjam al-Wasit (Kamus Lengkap). Bayrut: Dar ‘Ihya’ al-Turath al-ʽArabi.
Julul, A.A.H., Rahmawati, N.M., Sartini, N.W. & Kwary, D.A. (2019). Semantic Adaptations of the Arabic Loanwords in the Indonesian Language. Jurnal Mozaik Humaniora. 19(2), 135-147.
Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalid, M.R. (2018). al-Ta‘rib fi al-Lughah al-‘Arabiyyah bayn al-Mushajji‘in wa al-Munkarin. Jurnal Diwan. 4(2), 179-198.
Maiza, Z. (2017). Kata Pinjaman Bahasa Arab dalam Bahasa Minangkabau. Jurnal Fuaduna: Jurnal Kajian Keagamaan dan Kemasyarakatan. 1(2), 208-236.
Mansor, W.M.S.A.W. (2010). Entri Agama Berlabel "Ar" dalam Kamus Dewan: Satu Analisis Semantik. Tesis Sarjana tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mezah, C.R. (2010). Penekanan Aspek Semantik Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Salim, N.R. (2013). Tahap Pengetahuan Sedia Ada Pelajar tentang Kata Pinjaman Arab dan Hubungannya dengan Pencapaian Bahasa Arab. Tesis sarjana tidak diterbitkan, Universiti Malaya.
Zakaria, M.H., Mezah, C.R. & Ismail, M.Z. (2017). Penggunaan Kata Pinjaman Arab dalam Puisi Melayu. Jurnal Kemanusiaan. 15(1-S), 69–74.
Refbacks
- There are currently no refbacks.