Kombinasi Pentafsiran dan Penterjemahan dalam Tarjuman Al-Mustafid

Nurul Wardah Nazifah Razali, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salmah Ahmad, Maheram Ahmad

Abstract


Pada abad ke-17, muncul ramai tokoh Nusantara di Alam Melayu yang bukan sahaja giat berdakwah malah juga aktif dalam menghasilkan karya penulisan. Antara tokoh tersebut ialah Syeikh Abdul Rauf al-Singkili. Terdapat beberapa kajian lepas dijalankan terhadap Tarjuman al-Mustafid, karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkili dan terdapat perbezaan serta persamaan pada hasil kajian daripada tiga kajian lepas yang dirujuk. Bertitik tolak daripada perbezaan dan persamaan hasil kajian tersebut, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah terjemahan yang digunakan dalam Tarjuman al-Mustafid dan menentukan sama ada karya ini adalah karya tafsiran atau terjemahan. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dan menggunakan Tarjuman al-Mustafid sebagai korpus kajian Kaedah analisis kandungan digunakan dalam mengumpulkan data. Data-data tersebut dianalisis secara komparatif dan deskriptif. Kajian mendapati bahawa terjemahan Tarjuman al-Mustafid bersesuaian dengan beberapa kaedah terjemahan iaitu kaedah terjemahan harfiah dan semantik. Selain itu, Tarjuman al-Mustafid adalah karya kombinasi pentafsiran dan penterjemahan yang dihasilkan dengan merujuk beberapa buah kitab tafsir.

 

Kata Kunci: Tarjuman al-Mustafid, karya tafsir, kaedah terjemahan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.