Perkembangan Wakaf Pendidikan Tinggi di Malaysia

Mohd Syakir Mohd Taib, Wan Kamal Mujani, Ermy Azziaty Rozali, Kartini Aboo Talib @ Khalid

Abstract


Wakaf mempunyai potensi yang besar dalam usaha membangunkan ekonomi masyarakat dan negara. Wakaf mempunyai ciri dinamik dalam menyusun sosioekonomi masyarakat dan seterusnya memberikan impak positif dalam kemajuan sesebuah negara. Sejarah telah membuktikan bahawa wakaf mampu membantu meningkatkan taraf ekonomi, pendidikan dan sosial umat Islam. Peranan wakaf dalam membangunkan institusi pendidikan perlu diberikan keutamaan bagi menjamin peluang kepada masyarakat yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Dilihat dari sudut lakaran sejarah, peranan wakaf bagi membangunkan dan memartabatkan institusi-institusi pengajian serta melahirkan ribuan cendekiawan terkenal dan tersohor di seluruh dunia terutama dalam bidang keagamaan sudah tidak dapat dinafikan lagi. Matlamat mewujudkan institusi pendidikan tinggi melalui konsep wakaf yang diilhamkan dari universiti-universiti terkenal dunia seperti Universiti al-Qarawiyyin di Fez, Moroko, Universiti al-Azhar, Mesir, Universiti Cordova di Sepanyol dan Universiti al-Fateh,Turki. Kertas kerja ini mengupas peranan wakaf dalam membangunkan institusi pendidikan yang mampu bertahan dan menjana pembangunan dan kehidupan insan , malah ia mampu meringankan kos kerajaan dan berkeupayaan menjana pendapatan sendiri.

 

Kata Kunci: Wakaf, Ekonomi, Masyarakat, Institusi Pendidikan Tinggi

 

 

Waqf has a great potential in developing the economy of the people and the country. Waqf has a dynamic characteristic in organizing socioeconomics of the community and thus contributing positively to the development of a nation. History has proven that waqf is able to help improve the economic, educational and social standards of Muslims. The role of waqf in developing educational institutions should be given priority in ensuring the opportunities for people who want to pursue higher education. Seen from the point of view of history, the role of waqf in developing and uplifting institutions of learning and producing thousands of Intellectual and famous scholars worldwide, especially in the field of religion, is undeniable. The goal of establishing a higher education institution through the concept of waqf from world famous universities such as the al-Qarawiyy University in Fez, Morocco, al-Azhar University, Egypt, Cordova University in Spain and al-Fateh University, Turkey. This paper examines the role of waqf in developing educational institutions that are able to survive and generate to the development and human life, even waqf is also able to relieve the cost of the government and its generating ability own income.

 

Keyword: Waqf, Economy, Society, Higher Education Institutions


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.