Manuskrip Melayu: Isu Kontemporari dan Lontaran Idea

Amer Hudhaifah Hamzah

Abstract


Alam Melayu seperti tamadun lama lain di serata dunia menyimpan khazanah manuskrip yang sangat bernilai dan wajar dikaji menggunakan metodologinya yang tersendiri. Tetapi kedatangan Belanda ke Nusantara pada tahun 1596 dan beberapa kuasa kolonial lain selepasnya telah mempopularkan sudut pandang Barat dan pendekatan mereka dalam kajian filologi Melayu. Hal ini kemudiannya telah mendorong penerusan dan kajian lanjutan oleh orang Melayu dan masyarakat tempatan dengan menggunakan metodologi yang diperkenalkan mereka. Namun Manuskrip Melayu dalam beberapa aspek tertentu tidak bercirikan manuskrip-manuskri lain di belahan dunia yang lain. Tidak seperti Manuskrip Latin atau Arab, Manuskrip Melayu merupakan dokumen bertulis yang jauh lebih ‘muda’ sehingga sebilangannya telah dihasilkan setelah mesin cetak diperkenalkan. Begitu juga ia dalam beberapa keadaan tidak hanya menggunakan bahasa rumpun Melayu, malah menggunakan bahasa asing seperti bahasa Arab bagi menyampaikan masejnya. Sehubungan itu, pengkaji melihat bahawa sesetengah naskhah cetakan (manuskrip yang telah dicetak) adalah sama nilainya dengan manuskrip asli menyebabkan ia wajar diberi perhatian dalam aspek pemulihara dan pemeliharaan. Begitu juga manuskrip berskrip Arab yang ditulis oleh orang Melayu seharusnya dikumpul, dikatalog dan dikaji agar khazanah bangsa Melayu ini tidak terus hilang ditelan arus kemodenan.

 

Kata Kunci: Isu Kontemporari, Manuskrip Arab-Melayu, Filologi Melayu, Naskhah Cetakan

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.