Kesan Perbelanjaan Kerajaan Terhadap Kedatangan Pelancong ke Malaysia

Kalsom Zakaria, Tamat Sarmidi, Norlida Hanim Mohd Salleh, Redzuan Othman

Abstract


Pelancongan merupakan satu daripada industri yang sangat penting dalam memajukan ekonomi sesebuah negara. Kepentingan sektor ini sangat jelas dengan kewujudan World Tourism Organization (UNWTO) iaitu merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab untuk mempromosikan pelancongan. Bagi mempromosikan pelancongan, sesebuah negara perlu memperuntukkan sebahagian perbelanjaannya dalam sektor tersebut. Malaysia juga memperuntukan perbelanjaan kerajaan dalam sektor pelancongan untuk memastikan sektor ini berkembang seiring dengan sektor-sektor lain. Perbelanjaan kerajaan dalam pelancongan di Malaysia dilihat sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Maka kajian ini bertujuan untuk melihat kesan perbelanjaan kerajaan ke atas pelancongan. Selain itu, kajian ini juga mengkaji kesan perbelanjaan pelancongan terhadap 10 negara utama pelancongan ke Malaysia. Bagi mencapai tujuan tersebut maka data tahunan dari tahun 1980 – 2010 digunakan. Kajian menggunakan ujian kointegrasi berasaskan struktur autoregrasi lat bertabur (ARDL). Hasil kajian mendapati wujud hubungan jangka panjang antara perbelanjaan kerajaan dengan pendapatan pelancongan. Daripada 10 negara yang dikaji didapati lima negara iaitu Singapura,China, Jepun, United Kingdom dan United State yang berhubung positif dan signifikan dipengaruhi oleh perbelanjaan kerajaan.

Kata kunci: Pelancongan; Perbelanjaan Kerajaan; ARDL; UNWTO; Malaysia; Pendapatan Pelancongan

 

DOI: 10.22583/ijwas.2016.08.01.04


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.