Kesan Misi Bantuan Kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza

Ruzanah Mohd Rozi, Mohd Roslan Mohd Nor

Abstract


Misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla merupakan misi bantuan kemanusiaan yang membawa mesej keamanan dan pembebasan Gaza. Misi ini dikelola oleh The Turkish Humanitarian Relief Foundation (IHH). Tujuan misi ini adalah untuk memecahkan tembok pengepungan Israel ke atas 1.8 juta rakyat Gaza. Makalah ini selanjutnya membincangkan perkaitan antara misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla dengan Free Gaza Movement. Secara keseluruhannya kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan jenis kajian dokumentasi. Dalam pengumpulan data,pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen dan disokong oleh temubual.Kemudian, pengkaji menganalisis data menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan terdapat kesan positif daripada pelaksanaan misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza dari aspek tekanan antarabangsa terhadap Israel. Ini berlaku ketika mereka yang terlibat tidak dapat meneruskan misi kerana disekat oleh Israel ketika mereka masih di perairan antarabangsa.

Kata Kunci: Gaza, Israel, Freedom Flotilla, Free Gaza Movement, Bantuan Kemanusiaan

 

DOI: 10.22583/ijwas.2016.08.01.02


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.