Kegiatan Terjemahan Ulama Melayu Nusantara Abad ke 16-19 Masihi Menurut Perspektif Sarjana Melayu Semasa

Suhaila Zailani @ Ahmad , Nurul Wardah Nazifah Razali

Abstract


Kegiatan menterjemah di Alam Melayu bermula dan berkembang seiring dengan keperluan terhadap sumber-sumber dalam pembelajaran dan perkembangan agama Islam. Kajian ini dijalankan untuk menjelaskan tentang sejarah kegiatan penterjemahan di Alam Melayu serta mengenal pasti karya-karya terjemahan yang dihasilkan oleh Ulama Nusantara sekitar abad ke-16 sehingga abad ke-19. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Data dikumpulkan melalui kaedah kepustakaan dengan  mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku-buku ilmiah, jurnal, artikel seminar dan laporan. Data-data yang didapati disintesis dan dianalisis secara deskriptif dengan menggabungkan beberapa idea, pandangan dan dapatan kajian lepas bagi menghasilkan suatu gambaran yang menyeluruh berkaitan kegiatan terjemahan Ulama Melayu Nusantara sekitar abad ke 16-19nMasihi. Hasil kajian mendapati bahawa kegiatan penterjemahan di Alam Melayu bermula dari abad ke-16 dan semakin berkembang pada abad ke-17, 18 dan 19. Perkembangan kegiatan terjemahan ini seiring dengan pertambahan bilangan kary terjemahan yang dihasilkan. Bilangan karya terjemahan yang kurang pada abad ke-16 dan kemudiannya semakin bertambah terutamanya pada abad ke-19. Karya yang dihasilkan juga merangkumi pelbagai disiplin ilmu seperti Fiqh, Aqidah, Tasawuf, Tafsir dan sebagainya. Selain itu, beberapa kecenderungan Ulama Melayu Nusantara dalam mempergiat tradisi terjemahan dikenal pasti. Antaranya, kecenderungan menamakan karya terjemahan mereka dalam bahasa Arab dan kitab Ihya’ Ulum al-Din karya al-Ghazali menjadi pilihan utama para ulama untuk diterjemah. 
 
Kata kunci: Terjemahan, Ulama Melayu Nusantara, Perspektif, Sarjana Melayu Semasa

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.