Charles Pellat and Contributions in Arabic Literature

Siti Norizam Zakaria, Zamri Arifin 

Abstract


Nama Charles Pellat tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan Arab pada hari ini. Beliau merupakan seorang penulis sastera Arab yang berasal dari Perancis. Charles Pellat bergiat aktif dalam penulisan berkaitan dengan kesusasteraan Arab dan menghasilkan beberapa buah penulisan terkenal. Hasil karya beliau mendapat sambutan yang memberangsangkan dan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa daripada bahasa Perancis ke bahasa lain seperti bahasa bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti latar belakang beliau yang merangkumi sejarah hidup serta kecenderungan beliau dalam bidang penulisan. Selain itu, objektif utama kajian ini juga ialah melihat kepada hasil sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraan Arab. Justeru, kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen dalam mengenal pasti sumbangan beliau dalam kesusasteraan Arab. Selain itu, kajian ini turut melakukan beberapa semakan biografi untuk melihat latar belakang beliau. Kajian ini menunjukkan bahawa Charles Pellat memberi sumbangan yang penting dalam menterjemah karya-karya sastera Arab ke dalam bahasa lain dan menghasilkan penulisan ilmiah tentang kesusasteraan Arab.

DOI: 10.22583/ijwas.2015.01


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.