Sejarah Politik Mamluk (648-922H/1250-1517M): Suatu Pengamatan Berdasarkan Sumber Primer dan Sekunder

Wan Kamal Mujani

Abstract


Artikel ini bertujuan menganalisis beberapa isu yang kurang diketahui umum iaitu asal usul dan kemunculan golongan Mamluk di Mesir serta ketidaktepatan penggunaan terminologi „Mamluk Bahri‟ dan „Mamluk Burji‟ yang digunakan pada hari ini. Selain itu, artikel ini juga menumpukan perbincangannya kepada sejarah politik Mamluk yang bermula dari penubuhannya pada 648H/1250M sehingga kejatuhannya pada 922H/1517M berdasarkan sumber-sumber primer dan sekunder. Fokus utama diberikan kepada keupayaan politik beberapa orang sultan Mamluk untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Hasil penulisan mendapati bahawa sejarah kemunculan golongan Mamluk telah pun bermula sejak zaman kerajaan „Abbasiyyah lagi. Walau bagaimanapun, kewujudan serta peranan mereka hanya mula mendapat perhatian serius pada akhir zaman Ayyubiyyah apabila mereka berjaya menubuhkan kerajaan Mamluk. Dua bangsa yang dominan dalam kesultanan Mamluk di Mesir ialah Turki dan Jarkash. Berasaskan kedua-dua bangsa inilah sepatutnya digunakan terminologi „Mamluk Turki‟ dan „Mamluk Jarkashi‟ sebagaimana yang telah digunakan oleh semua sejarawan Mamluk dalam penulisan mereka. Dalam kesultanan Mamluk, pengukuhan strategi bagi mana-mana sultan adalah sesuatu yang „perlu‟ memandangkan perebutan kuasa yang sering kali berlaku di kalangan kumpulan-kumpulan dalam golongan Mamluk untuk merampas takhta. Sultan juga perlu mengukuhkan sektor perekonomian negara dan mengekalkan kestabilan sosial rakyat untuk meneruskan kelangsungan pemerintahannya. Ini termasuklah mendepani cabaran dan ancaman daripada musuh luar. Daripada sejumlah besar para sultan Mamluk, hanya sebilangan orang sultan sahaja yang telah mencapai kegemilangan dalam pemerintahan mereka.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.