Takrifan Mal (harta) Menurut Sarjana Asia Barat dan Implikasinya Terhadap Transaksi Masa kini

Mohamad Sabri Haron

Abstract


Mal atau harta adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan daripada kehidupan manusia. Oleh sebab itu Mal tergolong dalam lima perkara yang menjadi kemestian (daruriy) dalam konteks al-Maqasid al-Syar`iyyah. Dalam konteks semasa seiring dengan perkembangan pesat sistem perbankan Islam, perbincangan tentang Mal adalah amat penting untuk diperluaskan, dalam rangka untuk mengenal pasti kedudukan produk-produk semasa. Artikel ini cuba untuk melihat ciri-ciri Mal yang dimaksudkan oleh sarjana Islam silam dan juga semasa sebagai suatu penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menilai atau menghasilkan produk yang terdapat dalam pasaran hari ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Takrifan Mal tidak hanya tertentu kepada beberapa jenis aset yang tertentu sahaja pada zaman silam, tetapi juga merujuk kepada suatu yang bernilai yang ditentukan oleh kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.