Perang Dunia Pertama, Deklarasi Balfour Dan Kesannya Terhadap Palestin

Ermy Azziaty Rozali, Azmul Fahimi Kamaruzaman

Abstract


Berakhirnya Perang Dunia Pertama (1914-1918) memberikan kesan yang cukup besar ke atas dunia Islam, berikutan kekalahan dawlah Uthmaniyah dalam peperangan tersebut. Antara kesan yang penting ialah membuka laluan kepada British untuk menguasai rantau Asia Barat yang kemudiannya membawa kepada rampasan bumi Palestin oleh golongan pendatang Yahudi. Artikel ini membincangkan bagaimana British mengalahkan pasukan dawlah Uthmaniyah pada tahun 1917, iaitu semasa Perang Dunia Pertama yang membawa kepada penawanan mereka ke atas Jerusalem. Deklarasi Balfour yang diisytiharkan oleh British pada tahun yang sama menawarkan Palestin sebagai „a national home‟ kepada bangsa Yahudi. Kuasa mandat juga diberikan oleh Pertubuhan Liga Bangsa kepada British untuk mentadbir Palestin, Iraq dan Transjordan manakala Perancis diberikan mandat ke atas Syria. Menerusi analisis sejarah, artikel ini cuba menilai bagaimana British memanipulasikan kuasa mandat yang diberikan kepada mereka untuk membolehkan bangsa Yahudi menetap di Barat Palestin. Di bawah mandat British ini, keizinan diberikan kepada bangsa Yahudi untuk menetap di barat Palestin, iaitu di antara Sungai Jordan dan Laut Mediteranean. Hak ini diperuntukkan secara sah pada 25 April 1920 dalam Persidangan San Remo. Analisis mendapati pembentukan negara Israel pada 1948, dipengaruhi oleh faktor langsung perlaksanaan mandat British di Palestin yang meletakkan tanah air dan rakyat Palestin ke dalam krisis kemanusiaan, politik dan antarabangsa selama hampir satu abad. Artikel ini juga menunjukkan bahawa pendudukan Yahudi mengancam hak rakyat Palestin. Berikutan penindasan dan tekanan yang dikenakan oleh Yahudi, telah mencetuskan gerakan kemerdekaan di kalangan rakyat Palestin serta disokong oleh bangsa Arab yang lain. Perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka daripada penindasan Yahudi berterusan sehingga ke hari ini.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.