Kedudukan Insurans Sebagai Pengganti Aqilah Bagi Pembayaran Diyat Dalam Kes Kemalangan Jalan Raya Menurut Undang-undang Islam

Ahmad Muhammad Husni, Anwar Fakhri Omar, Muhammad Nazir Alias, Muhammad al-Adib Samuri

Abstract


Di sesetengah negara Islam, kes-kes kemalangan jalan raya dikategorikan sebagai kesalahan kecederaan dan membunuh tidak sengaja. Undang-undang negara tersebut memperuntukkan pihak yang terkilan untuk menuntut bayaran diyat daripada pesalah yang akan dibayar oleh aqilah iaitu ahli keluarga lelaki. Persoalan yang timbul, sejauh mana sistem aqilah dapat digantikan oleh institusi insurans sebagai pembayar diyat kepada mangsa atau keluarganya? Objektif artikel ini dibuat ialah untuk melihat sejauh mana institusi insurans berpotensi untuk menggantikan peranan aqilah dalam membayar diyat bagi kes-kes kemalangan jalan raya. Perkara ini penting untuk dikaji kerana institusi insurans ialah institusi kewangan yang lebih efektif dalam melindungi para pencarumnya dan berpotensi untuk menggantikan sistem aqilah yang terlalu terhad kapasiti kewangannya. Kajian mendapati bahawa institusi insurans berpotensi untuk menggantikan peranan sistem aqilah dalam pembayaran diyat kepada mangsa atau keluarganya yang terlibat dalam kes kemalangan jalan raya. Institusi insurans mempunyai persamaan dengan sistem aqilah daripada aspek konsep asas, peranan dan juga operasi dalam mencapai matlamat sistem aqilah.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.