Daya tampung kemudahan pendidikan dan implikasi kepada kesejahteraan penduduk di Mukim Serendah (The capacity of education facilities and the implications for the well-being of the people in Mukim Serendah)

Mohd Faizul Muhammad, Mazdi Marzuki, Muhammad Hasbi Abdul Rahman, Kamarul Ismail, Jabil Mapjabil

Abstract


Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan mempunyai perkaitan yang kuat dengan keupayaan daya tampung sesuatu kemudahan untuk dinikmati oleh penduduk. Pada masa kini pertambahan penduduk yang agak pesat telah berlaku di Mukim Serendah. Impaknya terdapat sesetengah kemudahan yang disediakan tidak lagi mampu memenuhi permintaan daripada penduduk. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji daya tampung kemudahan pendidikan dan implikasi terhadap kesejahteraan penduduk. Kajian ini menggunakan analisis daya tampung berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia pada tahun 2013. Kajian menggunakan data sekunder melibatkan data penduduk, jumlah sekolah dan jumlah murid. Seramai 400 orang responden di Mukim Serendah. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan daya tampung kemudahan pendidikan mengikut kawasan di Mukim Serendah. Keadaan kemudahan pendidikan di Mukim Serendah juga yang kebanyakannya tidak memenuhi piawai yang ditetapkan. Implikasinya ia memberi kesan kepada murid, guru dan ibu bapa. Hasil kajian ini penting kepada pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan perancangan kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada penduduk. Kawasan yang kurang daya tampung kemudahan pendidikan perlu ditambah bilangan sekolah agar kemudahan pendidikan dapat memenuhi keperluan penduduk dan meningkatkan kesejahteraan kepada penduduk.

Kata kunci: daya tampung, implikasi, kemudahan pendidikan, kesejahteraan, pendidikan, sekolah

The population growth in an area has a strong connection with the capacity of the facilities enjoyed by the population. At present, Mukim Serendah is enjoying rapid population growth. The population growth has impacted some of the provided facilities which are no longer capable to meet the demands of the population. The study was conducted to examine the capacity of education facilities and it implications for the population's wellbeing. This study uses a capacity-based analysis based on the Community Facilities Planning Guidelines issued by the Federal Department of Town and Country Planning Peninsular Malaysia in 2013. The study used secondary data involving population data, number of schools and, number of students. A total of 400 respondents in Mukim Serendah were involved in this study. The study found that there were differences in the capacity of educational facilities in Mukim Serendah. Educational facilities in Mukim Serendah mostly do not meet the targetted standards. The under equipped facilities had affected students, teachers and parents. The results of this study are important to the party responsible for the planning of educational facilities to ensure adequate and better facilities for the residents in the future. Areas that are lacking in the carrying capacity of educational facilities need to be improved by adding the number of schools. Therefore, these educational facilities would meet the needs and improve the well-being of the population.

Keywords: carry capacity, implications, education facilities, wellbeing, education, school


Keywords


daya tampung, kemudahan pendidikan, kesejahteraan, penduduk

Full Text:

PDF

References


Hanushek, E. A. (2010). Education production functions: Developed country evidence.

International Encyclopedia of Education, 2, 407-411.

Hanushek E.A., & Woessmann L. (2017). School resources and student achievement: A review of cross-country economic research. Cognitive Abilities and Educational Outcomes. Methodology of Educational Measurement and Assessment. Springer, Cham.

Husaina Banu Kenayathulla, Ranjeetham Subramaniam, & Muhammad Faizal A. Ghani. (2015). Pengurusan kewangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Kuala Kangsar, Perak: Satu kajian kes. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2 (4).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2013). Garis panduan perancangan kemudahan masyarakat. Kuala Lumpur, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Jasni Sodek. (2015). Daya tampung kemudahan pendidikan di Mukim Serendah. Temu bual. 9 Julai.

Kepu Sidi. (2013). Sekolah pedalaman terus diperkasa. Retrieved from:

http://www.theborneopost.com

Malaysia (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.

Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil, & Rosmiza M.Z. (2014). Mengupas keciciran pelajar orang Asli di Malaysia: Suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah. Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2), 189-198.

Mohd Faizul Muhammad, MazdiMarzuki, Kamarul Ismail, & Nor Kalsum Mohd

Isa. (2017). Kemampuan kemudahan pendidikan dalam memenuhi keperluan

penduduk: Kajian kes di Mukim Serendah. Kertas kerja Persidangan

Antarabangsa Kedua Komunikasi, Media, Teknologi Maklumat, Pendidikan,

Alam Sekitar, Pelancongan, Ekonomi, Politik, Seni dan Warisan (ICDETAH).

Anjuran Pertubuhan Ahli Akademik dan Profesional Anak Terengganu

(PERAPAT) Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kuala

Terengganu, Terengganu, 19-21 Mac.

Noorazuan Md. Hashim, Yusof Ibrahim, & Sulong Mohamad (2011). Penilaian kesesuaian prasarana pendidikan melalui proses hirarki analitik di Kuala Lumpur. Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (2).

Nur Farhana Abdul Manan, Arziana Mohmad Azaman, Nor AzihanGhazali, &Norafiza Jaafar (2016). Sekolah di Selangor tak cukup? Sinar Harian. 22 November.

Preston, S.H., & Elo, I.T. (1996). Survival after age 80: letter to the editor. Journal of Medicine, 334 (8), 537.

Rohani Abdul Aziz. (2001). Ponteng masalah dua sesi antara punca. Utusan Malaysia. 4 Mac.

Rohaniza Idris, Hazwan Faisal Mohamad, & Ahmad Suhael Adnan (2017). 2,058 sekolah kebangsaan kurang murid. Berita Harian 31 Julai.

Rosniza Aznie Che Rose, Abdul Rahim Md Nor, Asmah Ahmad, Amriah Buang, & Rosmiza Mohd Zainol. (2011). Pemantauan keberkesanan pembangunan wilayah Malaysia dalam aspek penduduk tempatan di Iskandar Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 7, (40 - 54).

Samsuari (2009). Konsep peningkatan layanan pendidikan menengah di Kabupaten Mojokerto berdasarkan karakteristik wilayah. Seminar Nasional Aplikasi Teknologi Prasarana Wilayah.

Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub, & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi dan teknik mengajar berkesan. Kuala Lumpur, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Sofian Mohd Daud, Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim, & Yusniza Mahamad Yusoff (2015). Keselesaan terma pelajar dalam bilik darjah: Kajian Kes di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor Darul Ehsan. Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4), (24-38).

Tribus, M. (1992). Quality first: Selected papers on quality and productivity

improvement. National Society of Professional Engineers (4th Ed.). ASIN,

B0006OXP8Y.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.