Analisis jaringan pihak-pihak berkepentingan ke arah kelestarian kampus (Towards a sustainable campus: A network analysis of stakeholders)

Ah Choy Er, Lau YP Catherine

Abstract


Institusi Pengajian Tinggi telah mengambil langkah menuju ke arah pembangunan lestari akibat daripada pencemaran alam sekitar dan degradasi yang disebabkan oleh penggunaan tenaga dan bahan. Hal tersebut telah menimbulkan kebimbangan pihak universiti dan juga komuniti kampus. Semakin ramai orang menyedari bahawa degradasi alam sekitar akan melemahkan keupayaan untuk memastikan peningkatan kemakmuran dan keadilan ekonomi. Oleh hal sedemikian, penting bagi universiti mengamalkan dan menerapkan konsep kelestarian di kampus. Objektif artikel ini ialah untuk menganalisis jaringan pihak berkepentingan ke arah kelestarian kampus teori pemodenan ekologikal. Hasil kajian menunjukkan jaringan kerajaan-universiti akan menjayakan sebuah kampus lestari, melakukan reformasi alam sekitar, membuat keputusan melaksanakan program alam sekitar dengan penggunaan sains dan teknologi. Jaringan universiti-masyarakat menunjukkan kerjasama masyarakat dalam menjayakan program Zero Waste dan Pusat Kitar Semula. Jaringan kerajaan-masyarakat terjalin melalui penubuhan kelab dan persatuan alam sekitar seperti Zero Waste dan I Love My Ecosystem. Pengurusan alam sekitar di universiti bukan sahaja semata-mata mengenai perlindungan alam sekitar, tetapi juga menyentuh hampir kesemua aspek kehidupan warga UKM, yakni kesejahteraan insan, kesihatan, pentadbiran dan sebagainya. Skop pengurusan alam sekitar perlu diperluaskan untuk mencakupi kesemua sumber yang ada pada kita bagi memelihara generasi masa kini dan masa hadapan. Kesedaran keseluruhan masyarakat negara ini, termasuk pihak kerajaan, universiti-universiti tempatan ataupun swasta dan juga warga kampus terhadap alam sekitar serta pentingnya pemeliharaan alam sekitar sebagai warisan bangsa dan negara amat perlu demi melestarikan alam sekitar di kampus.

Katakunci: jaringan, kampus lestari, kerajaan, komuniti, pengurusan alam sekitar, teori pemodenan ekologi

There is a growing concern among Malaysian higher learning institutions of environmental threats to sustainable development and their implications on national economic growth and social justice. This has prompted some university to promote the cause of sustainable development by practising environmental conservation around the campus to make it sustainable. The objective of this article was to analyse the stokeholders’ network in realising the goal of campus ecological conservation and modernisation in Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). The findings showed that government-university network would lead to a sustainable campus through environmental reformation which involved the application of science and technology in environmental decision making programmes. The UKM university-society network showed the functional existence of communal cooperation in running the ‘Zero Waste’ and ‘Pusat Kitar Semula’ (Recycle) programmes comparable to the government-society network which established clubs or environmental associations such as the ‘Zero Waste’ and ‘I Love My Ecosystem’. This is a tribute to the approach UKM had taken in campus environmental management which was not ecological-centric but embraced various campus social and community aspects including welfare, health and administration.

Keywords: community, ecological modernisation theory, environmental management, government, network, sustainable campus


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.