Mengantarabangsakan ruang pendidikan tinggi Malaysia: Pengalaman sosio-budaya pelajar-pelajar antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (Internationalising Malaysia’s educational space: The socio-cultural experiences of international students at Universiti Utara Malaysia)

Ratnawati Yuni Suryandari, Mohd Nor Jaafar, Nurul Hamiza Hamzah

Abstract


Sistem Pendidikan Tinggi Malaysia kini lebih terbuka dan berhasrat menjadikan hub pendidikan tinggi serantau. Pengantarabangsaan merupakan satu pendekatan yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan keperkasaan pengajian tinggi agar setanding dengan sistem pengajian tinggi yang terbaik di dunia. UUM menyahut cabaran pengantarabangsaan dengan menawarkan peluang pengajian kepada pelajar antarabangsa. Tujuan kajian ialah untuk melihat masalah sosio-budaya yang dihadapi dan ditimbulkan oleh para pelajar antarabangsa di Dewan Penginapan Pelajar Maybank UUM. Responden adalah seramai 182 orang pelajar yang dipilih secara rawak sebagai mewakili 43% daripada populasi. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik untuk menjawab soalan-soalan kajian. Daripada kajian ini didapati bahawa; (1) sebahagian besar pelajar antarabangsa tidak menghadapi sebarang masalah sosio-budaya, terutamanya pelajar dari Indonesia, (2) skala jarak budaya antara negara asal pelajar dengan negara Malaysia pada tahap ‘lebih kurang sama’, (3) masalah sosio-budaya yang kadang-kadang ditimbulkan oleh pelajar antarabangsa adalah masalah bahasa, etika, kebersihan dan kemudahan penginapan yang kondusif. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa semakin banyak persamaan keadaan sosio-budaya antara negara asal pelajar dengan negara Malaysia, dan semakin pendek jarak antara negara asal dengan negara Malaysia, maka para pelajar antarabangsa tersebut kurang menghadapi dan menimbulkan masalah sosio-budaya.

Katakunci: jarak budaya, masalah sosio-budaya, pelajar antarabangsa, pendidikan tinggi, pengantarabangsaan, persamaan budaya


Malaysia today aspires to be a regional hub of higher education where internationalization is believed to be the best empowerment approach to catapult the country’s higher education to world class. Universiti Utara Malaysia (UUM) meets the challenges of internationalization by offering learning opportunities to international students. The purpose of this study is to analyse socio-cultural problems faced and posed by international students in UUM’s Maybank Hall Student Accommodation. Primary data came from the responses of 182 students who were randomly selected to represent 43% of the population in a questionnaire survey. It was found that (1) most of the international students surveyed did not encounter any socio-cultural problems, especially students from Indonesia; (2) there was a similarity in the scale of cultural distance between the a students’ home country and Malaysia; and (3) socio-cultural problems sometimes posed by international students revolved around language, ethics, hygiene and the accommodation environment. In conclusion, the more socio-cultural similarities existed between the students’place of origin with Malaysia, and the shorter the distance between their country of origin and Malaysia, the less likely the international students were to pose serious socio-cultural problems.

Keywords: cultural distance, cultural similarities, higher education, internationalisation, international students, socio-cultural problems


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.