Kesan persekitaran fizikal ke atas keterlibatan komuniti Iban dalam program pembangunan di rumah panjang: Suatu pemerhatian awal (Development, environmental impact and local community participation in development programmes: A preliminary observation at the Iban longhouses)

Kwok Chin Hoe, Haris Abd Wahab

Abstract


Keterlibatan penduduk luar bandar dalam program pembangunan adalah elemen penting yang menyumbang kepada keberhasilan program yang diimplementasikan oleh agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, kerelaan penduduk setempat untuk melibatkan diri dalam program pembangunan yang diadakan kerap kali terjejas akibat faktor persekitaran di tempat tinggal mereka sehingga menghambat mereka daripada mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti pembangunan. Artikel ini menghujahkan bahawa persekitaran fizikal di sekitar kawasan petempatan penduduk luar bandar adalah elemen yang memberi kesan ke atas keterlibatan mereka dalam program pembangunan yang telah direncanakan oleh agensi pelaksana. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti kesan persekitaran fizikal ke atas keterlibatan komuniti Iban dalam program pembangunan di rumah panjang. Pemerhatian awal menggunakan satu set borang soal selidik ini telah dijalankan di Daerah Song, Sarawak. Sampel kajian terdiri daripada 260 orang ketua isi rumah di rumah panjang yang dipilih menerusi tiga tahap prosedur persampelan rawak. Data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua komuniti Iban di rumah panjang yang terlibat dalam kajian ini sependapat yang keadaan persekitaran fizikal iaitu bentuk bumi dan lokaliti serta sungai di kawasan kajian telah memberi kesan ke atas keterlibatan mereka dalam program pembangunan yang diadakan di rumah panjang.

Katakunci: komuniti Iban, penglibatan, penyertaan komuniti, persekitaran fizikal, program pembangunan, rumah panjang


Rural development programmes are certainly desirable but their meaningfulness has a lot to do with real participation of the targeted local community in them. The participation of this community is dependent, in turn, on its perception of the impact and consequences of the development projects which are purported to work to their benefit. This study takes a closer look at the Ibans’ participation in development programmes around the longhouse to assess whether and to what extent this participation is influenced by the community’s perception of the environmental impact and consequences of those programmes. A a questionnaire survey was conducted involving randomly sampled 260 Iban household heads in the District of Song. Data gathered were then analysed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software version 16.0. The findings establish that all members of the Iban community surveyed at the longhouses share the opinion that development has seriously altered the original pristine state of their physical environment, in particular, its landforms, localities and rivers, prompting them to re-consider the wisdom of their participation in existing development programmes around the longhouses.

Keywords: community participation, development programme, environmental impact, Iban community, longhouses, participant perception


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.