Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu (Malaysian students’ level of generic skill in teaching and learning process: A case study of Mara Skills Institute students, Johor Baharu)

Mohd Hasril Amiruddin, Isma Atiqah Ngadiran, Fathin Liyana Zainudin, Norhayati Ngadiman

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik pelajar di Institut Kemahiran Mara, Johor
Baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berdasarkan lima elemen kemahiran generik iaitu
kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kemahiran etika dan profesional. Responden kajian terdiri dari 300 orang pelajar dalam pelbagai jurusan
kejuruteraan di IKM, Johor Baharu. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages
for the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferens
menggunakan ujian-t adalah untuk melihat perbezaan kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi di mana nilai min keseluruhan bagi
kemahiran kerja berkumpulan ialah 4.08, kemahiran komunikasi ialah 4.06, kemahiran kepimpinan ialah 4.05,
kemahiran menyelesaikan masalah ialah 4.05 dan kemahiran etika dan profesional ialah 4.03. Manakala ujian-t
menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Kajian
ini penting kepada pihak Institut Kemahiran Mara dalam mengenal pasti tahap amalan kemahiran generik perlu
ditingkatkan lagi dengan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar.

Katakunci: kemahiran etika dan professional, kemahiran generik, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja
berkumpulan, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah



Skill building is absolutely vital for human capital development in a fast developing country such as Malaysia. Five
of these crucial generic skills are communication, leadership, teamwork, problem-solving, and professionalism. This
study aims to identify the level of generic skills in the process of teaching and learning acquired by Johor Baharu’s
MARA Skills Institute students. Primary data were gathered from questionnaires completed and returned by 300
students in various engineering degree in Public Health, Johor Baharu, and analyzed using Statistical Package for
the Social Science (SPSS). The results showed that the levels of generic skills were generally high where the overall
mean for teamwork skills was 4.08, communication 4.06, leadership 4.05, problem solving 4.05 and professionalism
4.03. However, results of the t-tests showed no significant difference in gender-based employability skills for
students. The findings contribute to MARA Skills Institutes’ effort in identifying level of generic skills that should
be further enhanced by diversifying students - oriented ways of teaching and learning.

Keywords: communication skills, generic skills, leadership skills, problem-solving skills, professionalism,
teamwork skills


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.