Penggunaan Bahasa Melayu dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia (Malay Language usage in Management and Administration at Universiti Kebangsaan Malaysia)

Fariza Md. Sham, Rohana Tan, Mohd Najib Adun, Azmah Ishak, Hamidah Erman, Rohazaini Hasan, Siti Noraida Sood, Harun Bintang

Abstract


Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sudah termaktub dalam perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia (1963). Pelaksanaan akta ini diterjemahkan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempastikan penggunaan bahasa Melayu secara meluas dalam program rasmi agensi kerajaan mahupun swasta, tetapi masih terdapat pihak yang tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya termasuk universiti awam. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di UKM. Kajian yang menggunakan reka bentuk tinjauan ini telah menggunakan soal selidik dan temu bual berstruktur sebagai instrumen kajian. Responden terdiri daripada 562 orang kakitangan UKM yang menjalankan tugasan pengurusan dan pentadbiran di UKM. Temu bual berstruktur melibatkan sepuluh orang informan yang terdiri daripada tiga kategori, iaitu pentadbir akademik, pengurusan dan profesional serta pelaksana. Analisis data dilakukan secara deskriptif dipaparkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Manakala, temu bual berstruktur dianalisis menggunakan kaedah verbatim. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden dan informan menyokong penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran. Manakala hampir sebahagian besar responden dan informan bersetuju penggunaan dwibahasa dalam progam di UKM pada peringkat antarabangsa. Daripada aspek penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi di UKM pula, kajian mendapati penggunaan bahasa Melayu yang tertinggi adalah bagi urusan boring. Manakala kategori yang paling tidak menggunakan bahasa Melayu adalah dalam komunikasi lisan dengan pelanggan luar. Hasil temu bual juga mendapati warga UKM menyokong penuh cadangan penyediaan Garis Panduan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Pengurusan Pentadbiran di UKM. Implikasi hasil kajian mendapati garis panduan penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di universiti awam adalah suatu keperluan sebagai satu mekanisme untuk memartabatkan bahasa Melayu.

 

ABSTRACT

 

The Malay language as the national language is already enacted in item 152 of the Federal Constitution of Malaya (1957) and the Federal Constitution of Malaysia (1963). The implementation of this act was done through the National Language Act 1963 and the 1996 Education Act. Although various efforts have been made to ensure the widespread use of Malay language in government agencies, official programs as well as in the private sectors, there are still organisations which do not use the Malay language including public universities. The objective of this research is to investigate the use of Malay language in the management and administration of UKM. Questionnaire and structured interviews were employed as the primary research instrument. Respondents consisted of 562 UKM’s management and administration staff. Structured interviews involved ten informants consisting of three categories, which are academic administrators, the management and professionals as well as implementers. A descriptive data analysis on frequency and percentage was conducted for data analysis.  Meanwhile, structured interviews were analyzed using verbatim methods. The findings revealed that majority of respondents and informants supported the use of Bahasa Melayu in the management and administration and most respondents and informants also agreed on dual language use for UKM programs internationally. From the aspect on the use of Bahasa Melayu in official affairs in UKM, the study found that the use of Bahasa Melayu was the highest in documents and forms pertaining to administration. Meanwhile there is less usage of Bahasa Melayu in oral communication with clients from outside UKM. Data from the interviews showed that UKM staff fully support the proposal for the preparation of the Malay Language Guidelines on the Administration and Management at UKM. The implications of the study is that the guidelines on the use of Malay language in the management and administration at public universities is a necessity as a strategy to uphold the status of the Malay language.

Keywords


management and administration; Malay Language; public university, professional; dignity (pengurusan dan pentadbiran; Bahasa Melayu; universiti awam; profesional; martabat)

Full Text:

PDF

References


Abdul Razak Salleh & Khalijah Salleh. (2009). Memperkasakan Bahasa Melayu di UKM dan di Persada Antarabangsa. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2009.

Alis Puteh. (2015). Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (2003a). Language and language Situation in South East Asia: With a Focus on Malaysia, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Asmah Hj.Omar. (2015). Dasar Bahasa Kebangsaan: Sejarah Memertabatkan Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Rasmi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2004). Bahasa Rojak Nilai Bahasa Rasmi Bahasa Kebangsaan Luntur. Dewan Masyarakat. Vol. Julai 2004, 8-11.

Farid M. Onn. (1993). Bahasa Melayu Sebagai Asas Peradaban Moden: Mengutamakan Yang Diutamakan Dalam Teori Linguistik dan Bahasa Melayu. Ajid Che Kob dan Norhashimah Jalaluddin (pnyt). Bangi.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fishman, J.A. (1991). Sosiologi Bahasa, Satu Pendekatan Sains Kemasyarakatan Antara Disiplin Terhadap Bahasa dalam Masyarakat.

Alias Mohammad Yatim (ptjh). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Baseri Budiman. (2013). Bahasa Melayu dan Pemimpin. Dewan Masyarakat. Vol. September, 46-47.

Hassan Baseri Budiman. (2017). Masih Relevankah Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan. Dewan Bahasa. Vol. 17, 20-23.

Hassan Baseri Budiman. (2014). Wakil Rakyat Dan Bahasa Melayu. Dewan Masyarakat. Vol. 3, 50-51.

Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Educational and Psychological Measurement. Vol. 30, 607-610.

Ibrahim Yahaya. (2004). Perjuangan berterusan memartabatkan bahasa Melayu. Dewan Masyarakat, Vol. Julai, 21-22.

Laporan Geraknovasi UKM (2016). Pemartabatan Bahasa Melayu. Bangi UKM.

Maslida Yusoff (2016). Perbincangan Meja Bulat. 5 Ogos 2016. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Azlan Mis (2010). Lingua Franca di Sarawak: Aplikasi Teori Pilihan Bahasa. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol 10(2), 97-116.

Mohammed Zin Nordin, Mohd Taib Ariffin, Khairul Azam Bahari & Siti

Munirah Md. Zukhi. (2013). Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa Papan Tanda Perniagaan. Procedia: Social and Behavioral Sciences. 134, 330-349.

Mohd. Ali Kamarudin. (1981). Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan

Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhamad Aiman Azahan. (2014). Halangan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu. Semasa. Vol. 10, 44-45.

Muhamad Rafiq Abdul Rahman. (2012). Membudayakan Bahasa Melayu. Dewan Budaya. Vol. November, 32-34.

Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor. (2015). Penerbitan Ilmiah Bahasa Melayu Dalam Kalangan Ilmuan Negara. Journal of Business and Social Development. Vol. 3, 25-32.

Norhashimah Jalaluddin. (2016). Perbincangan Meja Bulat. 5 Ogos 2016. Institut Islam Hadhari, Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Jannah Roslan(2017). Penggunaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Mahasiswa. Dewan Bahasa. Vol. 4, 32-35

Oller, J.W. Jr. & J.C. Richards (Eds.) (1973). Focus On The Learner: Perspectives for the Language Teacher. Rowley, Mass: Newbery House Publishers Inc.

Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016-2020. (2016). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pelan Strategik 2000-2020. (2000). Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsul AB. (2014). Universiti Kebangsaan Malaysia Pendaulat Amanah Negara: Suatu Ulasan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sharifah Darmia Sharif Adam. (2014). Cabaran dan reaksi pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di Malaysia, 1957-1966: ICLALIS 2013. Procedia-Social and Behavioral

Sciences 134 (2014) 305-315.

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab Halim & Ku Hasnita Ku Samsu. (2017). Pengukuran Tahap Pemartabatan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan Mahasiswa Institusi PengajianTinggi. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol 17(2), 107-122.

Siti Nor Azhani Mohd Tohar. (2014). Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia.

Jurnal Pertanika UPM- Mahawangsa. Vol. 1(2), 247-256.

Teo Kok Seong. (2016). Perbincangan Meja Bulat. 5 Ogos 2016. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Umi Fatihah Ramlee. (2017). Kemandirian Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Vol. 5, 4-7.

Zaidi Ismail. (2017). Bahasa Melayu Merentas Ilmu dan Sempadan. Dewan Bahasa. Vol. 9, 4-7.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2018-1801-11

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021