PENDEKATAN SPATIAL BAGI ANALISIS LOKALITI TABURAN KES DEMAM DENGGI SEKITAR KAWASAN KULIM, KEDAH

Azimah Abd Rahman, Aina Hanani Rosidi

Abstract


Persekitaran yang kurang bersih, peningkatan kepadatan populasi penduduk, pergerakan manusia dan proses pembandaran dikenalpasti menjadi faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi di kebanyakan daerah di Pulau Pinang termasuk daerah Kulim. Pelbagai usaha telah dirangka dan dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab, namun kes demam denggi yang direkodkan terus meningkat setiap tahun. Oleh itu, kajian terperinci berkenaan peningkatan kes demam denggi sekitar daerah Kulim perlu dilakukan bagi mengenalpasti pola taburan kes dan lokasi yang terjejas akibat permasalahan ini secara menyeluruh. Kajian ini dilaksanakan dengan mengambil kira elemen ruangan menggunakan pendekatan aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) bagi menganalisis situasi taburan kes demam denggi menggunakan pendekatan spatial temporal bagi menganalisis pola taburan kes berasaskan maklumat lokaliti kes yang direkodkan bagi tempoh masa tiga tahun iaitu bagi tahun 2018 hingga 2020. Integrasi analisis statistik dan analisis spatial menggunakan pendekatan GIS digunakan dalam kajian ini bagi meramalkan lokasi yang berisiko untuk terjejas dengan kes demam denggi ini pada masa akan datang. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kepentingan aplikasi analisis ruangan menggunakan pendekatan aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) dalam usaha menangani masalah peningkatan kes demam denggi yang tidak hanya terbatas melalui hasil pemetaan sahaja tetapi juga membantu dalam meramal lokasi berpotensi menunjukkan peningkatan kes demam denggi pada masa akan datang. Pada masa sama analisis yang diperolehi juga membantu mengenalpasti ciri-ciri persekitaran yang menyebabkan penularan kes demam denggi sekitar kawasan kajian. Dalam hal ini, dapatan analisis dan ramalan yang diperolehi membantu meningkatkan kecekapan Jabatan Kesihatan Daerah yang terlibat secara langsung dalam pemantauan dan kawalan terhadap peningkatan kes demam denggi yang direkodkan sekitar Daerah Kulim secara berterusan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia