HUBUNGAN ANTARA GAYA ASUHAN IBU BAPA DENGAN PEMILIHAN KERJAYA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI (Relationship between Parenting Style and Career Selection among University Students)

Noor Izzaty Ibrahim, Muhamad Ariff Ibrahim, Siti Fardaniah Abdul Aziz

Abstract


Gaya asuhan merupakan satu elemen penting di dalam membentuk keperibadian anak-anak yang mana ia juga mempengaruhi hala tuju seseorang individu itu dari segi pelbagai aspek dalam kehidupannya. Selain itu, konsep kendiri juga berkaitan dengan cara seseorang individu dalam memilih kerjaya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 210 orang pelajar tahun satu daripada tiga buah fakulti di Universiti Putra Malaysia. Dua set Soal selidik telah digunakan iaitu soal selidik gaya asuhan yang diadaptasi daripada Children Report of Parental Behavior Inventory (CRPBI) dan soal selidik pemilihan kerjaya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada hubungan di antara gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar (χ²=0.744, k>0.05). Walau bagaimanapun, kajian sebegini seharusnya terus dilakukan untuk mengkaji sejauh ibu bapa berperanan dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak berdasarkan kepada gaya asuhan ibu bapa yang mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka.

________________________________

Parenting style is an important element in a child’s personality development which influences different aspects of life. In addition, the concept of self-development also involves the way an individual decides for career selection. This study was carried out to study the relationship between parenting style and career selection among university students. A total of 210 University Putra Malaysia students at year 1 from three faculties were involved in this study. Two sets of questionnaires were utilized involving Parenting Style questionnaire adapted from the Children Report of Parental Behavior Inventory (CRPBI) and a Career Selection questionnaire. Results showed no significant relationship between parenting style and career selection among University Putra Malaysia students (χ²=0.744, k>0.05). Nevertheless, this type of study should be continuously carried out to study the extent of parents’ role in a child’s development and growth based on the parenting style which would have an effect on career selection.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia