PENEROKAAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM DIALEK MELAYU JUGRA: PENELITIAN FONOLOGI STRUKTURAL (Discovery of linguistic features in Jugra dialect: Structural Phonology Analysis)

Mumad Chelaeh, Rahim Aman, Shahidi A. Hamid, Nazihah Najwa Othaman, Suhailah Ruslan, Nooraniza Abu Bakar, Rusydiah A. Salam, Fatin Hakimah M. Fadzil, Miss Deela Sinur

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk menunjukkan kewujudan Dialek Jugra sebagai Dialek Selangor di Malaysia, khususnya dari aspek fonologi yang melibatkan sistem inventori fonem dan proses-proses fonologi yang terlibat. Kaedah kepustakaan dan kajian ke lapangan telah diterapkan dalam kajian ini bagi mendapatkan data dan maklumat berkaitan Dialek Jugra. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif dan dapatan data telah dianalisis dan dihuraikan secara kaedah Linguistik Deskriptif. Seterusnya, kawasan kajian yang dipilih sebagai kawasan kajian meliputi kampung-kampung Melayu di Daerah Jugra di Selangor yang merangkumi sebelas kampung kesemuanya, iaitu Kampung Sungai Buaya, Kampung Teluk Pulai, Bandar, Kampung Sungai Arak, Kampung Sungai Igat, Kampung Pulau Nyatoh, Kampung Permatang Pasir, Kampung Sungai Raba, Kampung Katong, Chodoi dan Kampung Kelanang. Melalui penganalisisan yang dijalankan, pengkaji mengenalpasti tujuh fonem vokal dan hanya terdapat tiga fonem konsonan yang ditekankan iaitu /Ä/ dan alofonnya, persilihan bentuk hentian akhir kata, dan /s/ akhir kata dalam ragam Jugra. Oleh itu, dengan lahirnya kajian ini dapat memperlihatkan bahawa dialek Selangor itu wujud dan mendukung sistem fonologinya yang tersendiri, iaitu memiliki enam fonem vokal dan Sembilan belas fonem konsonan. Di samping itu, kajian ini juga mendapati terdapat proses-proses fonologi  dalam Dialek Jugra, misalnya proses pengguguran, penyisipan, peleburan dan sebagainya. Kajian ini memberi kesan yang penting kepada pengkajian dialektologi Melayu. 

___________________________

This study focused on Selangor’s Malay Dialect which is Jugra Dialect in Malaysia particularly in phonological aspect involving the inventory system and processes of phonology. This research also implies a qualitative study and data was perused using Descriptive Linguistic method to acquire more details about Jugra Dialect. Area of data collecting includes eleven villages in Jugra District which are Kampung Sungai Buaya, Kampung Teluk Pulai, Bandar, Kampung Sungai Arak, Kampung Sungai Igat, Chodoi, Pulau Nyatoh, Sungai Raba, Katong, Permatang Pasir, dan Kelanang. In addition, variant of Jugra Dialect also can be categorized by three variants which are Sungai Buaya variant, Pulau Nyatoh variant, and Kelanang variant. It is shown that there are seven phonemes vowel and only three phonemes consonants which are Ä and its allophone, overlapping stops, and final position of /s/ in Jugra dialect. Thus, despite of phonological analysis among earlier researchers, this study tend to show new perspective of Selangor dialect especially in phonological aspect which can be discovered in inventory phonemes features and processes of phonology. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.