ANALISIS TREND HUJAN DI BANDARAYA IPOH PERAK 1970-2007 (Analysis of Rainfall Trend in Ipoh City, Perak 1970-2007)

Mohmadisa Hashim, Wan Ruslan Ismail, Nasir Nayan, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Mohd Hairy Ibrahim

Abstract


Penelitian terhadap trend hujan jangkamasa panjang adalah penting dan relevan dalam kajian hidrologi khususnya sebagai alat untuk mengesan dan mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam sistem hidrologi. Untuk itu, data hujan bulanan dan tahunan dari tahun 1970 hingga 2007 yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dianalisis dengan menggunakan ujian statistik dan Ujian Mann-Kendall bagi mengesan perubahan (meningkat, menurun atau stabil) atau trend yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1970-2007 dengan purata tahunan 2497 mm. Rekod juga menunjukkan bahawa trend hujan yang meningkat semasa Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya dalam tempoh yang sama. Hujan maksimum adalah pada bulan April dan Oktober iaitu semasa berlakunya pertukaran monsun. Rekod juga menunjukkan kawasan Ipoh menerima hujan paling banyak semasa Monsun Timur Laut walaupun stesen hujan terletak di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia dengan purata 1016 mm. Hujan bulanan dari tahun 1970-2007 menunjukkan kepelbagaian variasi. Berdasarkan Ujian Mann-Kendall (S), bulan Mei (-21), September (-25), Oktober (-35) dan Disember (-16) menunjukkan trend yang menurun dan bulan-bulan lain menunjukkan trend yang meningkat. Keadaan ini jelas menunjukkan variasi hujan yang kompleks di kawasan tropika. Faktor perubahan iklim global masa kini serta hidrometeorologi tempatan dijangka mempengaruhi trend hujan serta perubahan guna tanah khususnya aktiviti perbandaran yang wujud di bahagian tengah lembangan Kinta iaitu di Bandaraya Ipoh.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia