Penerimaan dan Penolakan Masyarakat Bukan Islam di Malaysia terhadap Hukum Jenayah Islam: Perbincangan dari Sudut Budaya Malaysia (Acceptance and Refusal of the Non-Muslim Society in Malaysia towards the Islamic Criminal Law: A Discussion from the Perspective of Malaysian Culture)
Abstract
ABSTRAK
Undang-Undang Islam sebenarnya sudah lama berakar umbi di Malaysia sejak kedatangan Islam di kepulauan Melayu. Hal ini boleh dilihat dengan kodifikasi perundangan di Kerajaan Kesultanan Melaka yang menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang berteraskan syariah dan adat. Perkara ini juga diikuti oleh kerajaan kesultanan yang lain seperti Pahang, Johor dan Terengganu. Malah, semasa kedatangan penjajah British, undang-undang Islam diiktiraf sebagai undang-undang di tanah ini. Namun, setelah sekian lama penjajahan oleh dunia Barat, perundangan di negara kita sudah berubah. Malah, selepas kemerdekaan negara kita, perundangan Islam tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan perundangan Islam, terutamanya hukum jenayah Islam di Malaysia kerana sebab-sebab yang tertentu. Artikel ini membincangkan hukum jenayah Islam dari sudut budaya Malaysia. Selain itu, artikel ini juga akan menganalisis penerimaan dan penolakan masyarakat bukan Muslim di Malaysia terhadap hukum jenayah Islam serta menghuraikan cadangan penambahbaikan terhadap hukum jenayah Islam di Malaysia. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan bagi melaksanakan kajian ini seperti kajian kepustakaan dan soal selidik kepada responden-responden. Dapatan daripada soal selidik yang dilakukan menampakkan keputusan yang pelbagai, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Secara umumnya, penulis berpendapat bahawa memberi penerangan yang lebih menyeluruh dan tidak apologetik akan dapat membantu pemahaman mereka berkenaan dengan hukum jenayah Islam, serta dilakukan dengan berhikmah dan berhemah.
Kata kunci: Hukum Jenayah Islam; Masyarakat Bukan Islam; Budaya Malaysia; Islam dan undang-undang; sejarah Malaysia.
ABSTRACT
The Islamic Law in Malaysia has been here for a long time since the arrival of Islam to the Malay Archipelago. It has been proved by the codification of mixed Islamic and Adat (Custom) Law when the reign of the Malacca Sultanate, in which promulgated the Malacca Code Law (Hukum Kanun Melaka) and Malacca Maritime Law (Undang-Undang Laut
51
Melaka). Since then, it had been followed and emulated by another Sultanate like Pahang, Johor, and Terengganu. In addition, it also recognised by the British coloniser, stating the Islamic law as the law of the land. However, this condition had changed after a long period of colonisation by the Western Imperialist, the laws had changed drastically. Even after the independence of this country, Islamic Law cannot be fully implemented, and there are some parties are not agreeing to the implementation of Islamic Law, specifically the Islamic Criminal Law which caused by various factors. This research will discuss the Islamic Criminal Law from the view of Malaysian Culture. It also touches on analysing the acceptance and refusal of the non-Muslim community in Malaysia towards Islamic Criminal Law and expounding some suggestions in improving Islamic Criminal Law in Malaysia. This research will use qualitative and quantitative approach in researching this topic, such as literature studies and surveys to respondents. Our findings show mixed reaction from the non-Muslim society towards the Islamic criminal law, whereby some of them agree with parts of the law, and some of them disagree to the same. The writers would like to propose some suggestions that would benefit the discourse on such matter, which is the dissemination of information about Islamic criminal law, which is whole and unapologetic, done with wisdom and prudent.
Keywords: Islamic Criminal Law; Non-Muslim Society; Malaysian Culture; Islam and laws; Malaysian history.
Full Text:
PDFReferences
RUJUKAN
Al-Quran.
Abdul Aziz Bari. 2002. Halangan-halangan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Jurnal Syariah 10(1): 31-42.
Abdul Hamid Mohamad. 2014. Implementiation of Hudud in Brunei: differences between Brunei and Malaysia. Islam and Civilisational Renewal 5(2): 149 -161.
Abdul Monir Yaacob. 2009. Perlaksanaan perundangan Islam di Malaysia: satu penilaian. Jurnal Fiqh 6(1): 1-20.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2009. Implementing Islamic law within modern constitutional framework: challenges and problems in contemporary Malaysia. Islamic Studies 48(2): 157-187.
Ahmad Ibrahim & Ahimelah Joned. 2007. Sistem Undang-Undang di Malaysia. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alu Syaikh, Abdullah bin Muhammad (pnys.). 2014. Tafsir Ibnu Kathir. Jilid 3. Jakarta: Pustaka Imam Syafi’i.
Anon. 2015. Hudud Satu Penjelasancetakan Pertama. Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Selangor Darul Ehsan. Shah Alam.
Anon. 2014. Salah faham punca pelaksanaan hudud ditolak?. Sinar Harian, 6 Mei.
al-Suyuti, Jalaluddin Abd al-Rahman bin Abi Bakr. 1987. al-Ashbah wa al Naza’ir fi qawa’id wa furuʿ fiqhi al Syafiʿyyah. Beirut: Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.
Berita Harian. 2018. 14 Oktober.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2020. Kamus Dewan Perdana. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamdani. 2020. Konsep falsafah penghukuman dalam Islam. Jurnal Reusam 8(1): 29-41.
Kementerian Perpaduan Negara. 2021. Dasar Perpaduan Negara.
Kementerian Perpaduan Negara. 2021. Rangka Tindak (Blueprint) Perpaduan Negara 2021 -2030.
Khairul Azhar Bin Meerangani. 2016. Isu Semasa Terhadap Hubungan Sosial Dengan Non-Muslim Di Malaysia Daripada Perspektif Hukum Islam. University Of Malaya. Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Mansor Sulaiman. 2014. Hudud sebagai jaminan kesejahteraan masyarakat: perlaksanaannya di Malaysia. International Social Development Conference 2014, hlm. 99-108.
Marzuki Mohamad. (2008). Religion, Human Rights and Constitutional Contract Politics in Malaysia. Intellectual Discourse, 16(2), 155 186.
Mohammad Hashim Kamali, 1998. Punishment in Islamic law: a critique of the Hudud bill of Kelantan, Malaysia. Arab Law Quarterly 13(3): 203-234.
Mohd Farhan Abd Rahman, Muhd Imran Abd Razak, Ahmad Firdaus Mohd Noor, Muhamad Khafiz Abdul Basir & Nurul Khairiah Khalid. 2019. Kedudukan perundangan jenayah Islam dan adat ke atas masyarakat Melayu di Tanah Melayu menurut pandangan orientalis: rujukan khusus terhadap R.O. Winstedt. Jurnal ‘Ulwan 4(1): 86-99.
Mohd Mustaffa Jusoh@Yusoff, Mohd Musa Sarip, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ezad Azraai Jamsari & Noorsafuan Che Noh. 2017. Kelangsungan syariat Islam menerusi perundangan Malaysia. South East Asia Journal of Contemporary Business, Economics and Law 13(4): 161 169.
Mohd Nasran Mohamad, Zuliza Mohd Kusrin, Nurhafilah Musa, Anwar Fakhri Omar & Mohd Zamro Muda. 2015. Perkembangan dan cabaran pelaksanaan undang-undang Hudud di Malaysia. Prosiding Persidangan Antarabangsa Fiqh Semasa & Perundangan Islam 2015, hlm. 471- 481.
Muhammad Fathi Yusof. 2014. Kesesuaian perlaksanaan undang-undang Jenayah Islam di Malaysia. Dlm. Azhar Yahya (pnyt.). Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah: Teori & Realiti, hlm. 108-132. Batu Caves: KUIZM Publication.
Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Anwar Fakhri Omar, Mohammad Zaini Yahaya, Muhammad Adib Samsudin, Mohd Al Adib Samuri. 2015. Undang-Undang Islam Menelusuri Globalisasi. Prosiding Persidangan Antarabangsa Fiqh Semasa & Perundangan Islam, hlm. 471-481.
Nur Farhana Abdul Rahman & Nur Solehah Shapiee 2018. Autoriti Agama di Malaysia: Kedudukan dan Kritikan. International Journal of Islamic Thought 14(1): 72-85.
Paizah binti Ismail. 2002. Undang-Undang Jenayah Islam. Petaling Jaya: Tradisi Ilmu Sdn. Bhd.
Sa’id bin Ibrahim. 1996. Qanun Jinayah Syar’iyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah.
Sayed Sikandar Shah Haneef. 2010. Discourse on Hudud in Malaysia: addressing the missing dimension. Journal of Islamic Law and Culture 12(2): 131-144.
Scotland. 2005. Scottish Crime and Victimisation Survey: Calibration Exercise: A Comparison of Survey Methodologies. 27.
Shamsul Amri Baharuddin (pnyt.). 2012. Modul Hubungan Etnik. Ed. ke-2.
Bangi: Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shamrahayu A Aziz. 2009. Some thoughts on the relationship between law and religion in Malaysia. Current Law Journal 1(1): 19-34.
Siti Zubaidah Ismail. 2012. Hudud Dan Undang-Undang Jenayah Syariah Dalam Kerangka Perlembagaan Dan Sistem Perundangan “Dualisme”: Komitmen Pelaksanaan Ke Arah Membendung Jenayah Di Malaysia. Jurnal Syariah, 22(2): 193-212.
Zul-Kifli bin Hussin. 2013. Tasamuh dalam undang-undang jenayah Islam: satu kajian terhadap persepsi pelajar-pelajar bukan Islam di institut-institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Tesis Dr. Fal, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN : 2550-1704