Erti Sebuah Tapak Warisan: Cabaran Perundangan untuk FRIM Selangor Forest Park

Rasyikah Md Khalid, Shamsuddin Suhor

Abstract


ABSTRAK
FRIM yang merupakan sebuah pusat penyelidikan perhutanan telah melalui sejarah pembangunan yang menarik berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku sejak dahulu hingga ke hari ini. Berbagai pencapaian yang telah digapai. Dari sebuah pusat penyelidikan kepada sebuah institut serta dalam masa yang sama menjadi pusat rekreasi, kini FRIM telah menjadi tapak warisan kebangsaan yang sedang menyusun langkah kanan ke arah meletakkan FRIM ke status tapak warisan dunia UNESCO. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, FRIM perlu berhati-hati dalam soal yang melibatkan perundangan jika mahu terus bergerak kehadapan. Sehubungan dengan itu dua buah akta iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 (Akta 782) dibuka untuk renungan semua pihak berkepentingan dalam usaha membantu FRIM memahami erti kehidupannya kini sebagai sebuah tapak warisan kebangsaan merangkap sebuah pusat penyelidikan perhutanan yang berintegriti lagi berwibawa.
Kata kunci: FRIM, UNESCO, Akta 645, Akta 782
ABSTRACT
FRIM, a forestry research center, has gone through an interesting historical development based on the events that have taken place from ancient times to the present day. Various achievements have been achieved. From a research center to an institute as well as a recreation center, FRIM has now become a national heritage site that is making the right steps towards gaining a status as a UNESCO world heritage site. In order to achieve that goal, FRIM needs to be careful in matters involving its rights and duties if it wants to move forward. In this regard, two acts, namely the National Heritage Act 2005 (Act 645) and the Forest Research Institute of Malaysia Act 2016 (Act 782) are open for reflection by all stakeholders in an effort to help FRIM understand the meaning of its current status as a national heritage site and a forestry research center. who possesses its own authority and integrity.
Keywords: FRIM, UNESCO, Act 645, Act 782


Full Text:

PDF

References


RUJUKAN

Noor Syahida Shahidan & Rasyikah Md Khalid. 2018. Perlindungan Undang-Undang Terhadap FRIM Sebagai Kawasan Tadahan Hujan Yang Penting Bagi Lembangan Sungai Buloh. 1 CLJ Legal Network Series (A) cxxxiii.

Parlimen Malaysia. 2005. Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Kesebelas, Penggal Kedua, Mesyuarat Ketiga, hal 50-95.

Rasyikah Md. Khalid, Hanim Kamaruddin, Adzidah Yaakob, Izawati Wook, Siti Sarah Sulaiman & Maizatun Mustafa. 2018. Outstanding Universal Values of the Malaysia Forests. International Journal of Asian Social Science. Vol. 8, No. 7, 427-433.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

e-ISSN : 2550-1704