Analisis Syarat Kelayakan Peguam Syarie menurut Islam dan Perundangan di Malaysia
Abstract
ABSTRAK
Peguam syarie adalah satu profesionalisma yang semakin diperlukan di kalangan masyarakat. Profesion ini beperanan membantu institusi mahkamah dalam mencapai keputusan yang adil dan selari dengan hukum syarak. Malah kehadiran peguam syarie telah diterima pada zaman sahabat dan seterusnya berkembang hingga kini. Penulisan ini membincangkan berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie menurut Islam dan perundangn di Malaysia. Penulisan ini meletakkan tiga objektif. Objektif pertama untuk mengenal pasti prinsip Islam dan peruntukan undang-undang serta meninjau literatur berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie. Objektif kedua untuk menganalisis permasalahan semasa yang wujud berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie. Objektif ketiga untuk mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan tersbeut. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kajian perpustakaan digunakan untuk mengumpul data dan maklumat kajian berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie. Kaedah temu bual turut digunakan untuk menyokong permasalahan dan dapatan kajian ini. Bahan dan maklumat yang dikumpul seperti buku, kitab arab, artikel, jurnal dan peruntukan undang-undang berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie dianalisis dengan kaedah analisis kandungan dan analisis kritis. Penulisan ini mendapati bahawa syarat kelayakan peguam syarie adalah berbeza dan tidak seragam di setiap negeri. Penulisan ini turut mendapati bahawa ketidak seragaman ini merumitkan dan mengelirukan calon-calon yang ingin beramal sebagai peguam syarie. Penulisan ini akhirnya mencadangkan agar menggubal satu akta induk yang akan mentadbir perkara-perkara berkaitan kelayakan peguam syarie.
Kata kunci: syarat, pelantikan, peguam syarie, kaedah peguam syarie, prinsip Islam
ABSTRACT
Syarie lawyer is a profession that is increasingly needed in the community. This profession plays a role in assisting the court institution in reaching a fair decision and in line with Islamic law. Even the presence of syarie lawyers was accepted during the era of the companions and further developed until these days. This article discusses the conditions of qualifying a syarie lawyer according to Islam and legislation in Malaysia. This writing lays down three objectives. The first objective is to identify Islamic principles and legal provisions as well as review the literature related to the qualifications of syarie lawyers. The second objective is to analyse the current problems that exist in relation to the qualification requirements of syarie lawyers. The third objective is to suggest solutions to these problems. This writing uses qualitative methods. Library research methods are used to collect research data and information related to the qualification requirements of syarie lawyers. Interview methods were also used to support the problems and findings of this study. Materials and information collected such as books, Arabic books, articles, journals and legal provisions related to the qualifications of syarie lawyers are analysed by content analysis and critical analysis methods. This writing finds that the qualification requirements of syarie lawyers are different and not uniform in each state. This writing also finds that this inconsistency complicates and confuses candidates who want to practice as a syarie lawyer. This writing finally proposes to enact a master act that will govern matters related to the qualifications of syarie lawyers.
Keywords: Qualification, requirements, profession, lawyer, practice
Full Text:
PDFReferences
RUJUKAN
Abdul Karim Zaidan. 1989. Nidzam al-Qada Fi al-Syariyyah al-Islamiyyah. Jil. 2. Beirut: Muassasah Risalah.
Abdul Monir Yaacob. 1996. Etika Hakim dan Peguam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Abdul Monir Yaacob. 2015. Kehakiman Islam dan Mahkamah Syariah. Cyberjaya: Universiti Islam Malaysia.
Abdullah Abu Bakar. 1997. Al-Ahkam. Jil. 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim. 1996. Al- Ahkam. Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baharuddeen Abu Bakar. 1996. Undang-undang Keterangan Dan Prosedur Di Mahkamah. Sunt. Abdul Monir Yaacob. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Mohamad Isa Abdul Ralip. t.t. Peguam Syarie: Pengamalan di Malaysia. 1-20.
Jasri Jamal. 2005. Kaedah Perundangan Bidangkuasa & Tatacara Mahkamah Syariah. Sunt.
Tajul Aris Ahmad Bustami, Mohd Hisham, Mohd Kamal & Farid Sufian Shuaib. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mahmud Saedon A.Othman. 2003. Institusi Pentadbiran Undang-undang dan Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahmud Saedon Awang Othman. 1997.Al-Ahkam. Jil. 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim. 2015. Peguam Syarie Dan Litigasi Mal Di Mahkamah Syariah. Cet.1. Negeri Sembilan: Karya Kreatif Resources.
Musa Awang. 2017. Seni Guaman Syarie. Sunt. Zulqarnain Lukman & Fakhrul Azman Abu Hassan. Cet. 2. Kuala Lumpur: Persatuan Peguam Syarie Malaysia.
O. K. Rahmat. 1994. Keadilan Di Dalam Sistem Mahkamah Islam. Kuala Lumpur: RDS Media.
Siti Zalikhah Md. Nor. 2004. Al-Syariah Kehakiman Islam. Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sulaiman Abdullah. 1996. Etika Hakim dan Peguam. Sunt. Abdul Monir Yaacob. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN : 2550-1704