Sumbangan Sistem Kewangan Islam ke Arah Pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia

Haslinda Harun, Ruzian Markom

Abstract


ABSTRAK
Sistem kewangan Islam di Malaysia telah mendapat kepercayaan masyarakat sekarang dengan melihat kepada kewujudan pelbagai produk kewangan Islam yang berada di pasaran. Produk-produk kewangan Islam yang berada di pasaran telah mendapat sambutan daripada para pelanggan, sebagai contoh, pelanggan perbankan di Malaysia lebih menunjukkan kecenderungan ke arah menggunakan sistem perbankan Islam yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Memandangkan perbankan Islam berasaskan kontrak Syariah, sewajarnya kes berkaitan perbankan Islam dikendalikan di mahkamah Syariah. Malaysia mengamalkan dwi sistem iaitu sivil dan syariah. Walau bagaimanapun, kewangan Islam menerima pendekatan yang ekslusif kerana ia menggabungkan kontrak Islam dan undang-undang prosedur sivil. Oleh itu, kes didengari di Mahkamah Sivil. Penulisan ini bertujuan untuk meninjau cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Mahkamah Sivil dalam mengendalikan kes kewangan Islam dan kewajaran mengembalikan kes perbankan Islam kepada mahkamah Syariah sebagai forum keadilan. Penulisan ini adalah kajian doktrinal perundangan tulen dan menggunakan sumber primer dan sekunder dalam penjelasan maklumat. Analisa dokumen dan perbandingan diterima pakai dalam menganalisa isu yang diberikan. Penulisan ini mendapati terdapat kelemahan dalam pengendalian kes di mahkamah sivil seperti hakim dan peguam yang tidak kompeten. Artikel ini mencadangkan supaya kes perbankan Islam dikembalikan kepada Mahkamah Syariah sebagai forum keadilan kepada semua pihak.
Kata kunci: Sistem kewangan Islam, perundangan Syariah, perundangan sivil, Perlembagaan Persekutuan, mahkamah Syariah.
ABSTRACT
The Islamic financial system was entrusted by the community with the existence of vartiety of Islamic financial products in the market. Islamic financial products was accepted by the customer by the evidence shown when the customer prefer Islamic banking offered by the banks in Malaysia. Since Islamic banking relates to Shariah contracts, it is proper if the adjudication of cases presided by the Shariah Courts. Malaysia practiced dual system namely the civil and Shariah system. Nevertheless, Islamic finance has exclusive treatment since it is a combination of Shariah contracts as well as civil procedures. Hence, Islamic finance matters are decided by the civil courts. The aim of this article is to examine the challenges faced by civil court in handling Islamic finance cases and the possibility of Shariah courts as fairness forum. This is a doctrinal legal study based on primary and secondary sources related to the matter. Document analysis and comparative studies are adopted in addressing the issues. The studies discovered that there are weaknesses in the present handling of Islamic banking cases in civil courts such as incompetency of judges and counsels. It is recommended the Islamic financial cases to be decided by the Shariah Court as fairness forum for all parties.
Key words: Islamic financial system, Syariah laws, civil laws, Federal Constitution, Shariah Courts.


Full Text:

PDF

References


RUJUKAN

Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Ali Rama. 2015. Analisis Deskriptif Perkembangan Perbankan Syariah Di Asia Tenggara. The Journal of Tauhidinomics Vol. 1, 105-123.

Hakimah Yaacob. 2011. Analysis Of Legal Disputes In Islamic Finance And The Way Forward: With Special Reference To A Study Conducted At Muamalat Court, Kuala Lumpur, Malaysia. ISRA Research Paper (No. 25/2011). ISRA: Petaling Jaya.

Hussin Che Pa, Nasrul Hisyam Nor Muhammad, Suhaimi Mustar. 2016. Bidang Kuasa Eksklusif Mahkamah Syariah Selepas Pindaan Perkara 121(1a) Perlembagaan Persekutuan:

Satu Penilaian. Malaysian Journal of Syariah and Law.Volume 3.1-16.

Mohd Kamel Mat Salleh, Mohd Al Adib Samuri dan Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. 2017. Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia. Islamiyyat . 39(2).113-124. http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2017-3902-03.

Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif dan Ruzian Markom. 2018a. Sistem Tadbir Urus Syariah Perbankan islam di Malaysia. Penerbit UKM: Bangi.

Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif dan Ruzian Markom. 2018b. Struktur Tadbir Urus Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam: Analisis Perbandingan Antara Malaysia dan Indonesia. 22 JUUM 1-9. https://doi.org./10.17576/juum-2018-22-01.

Mohd Izzat Amsyar dan Ruzian. 2018c. Kelestarian Prinsip-prinsip Muamalat dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah. JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 19 – 37 https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-02 https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-02.

Mohd Izzat Amsyar dan Ruzian Markom. 2013. Peranan dan Kedudukan Majlis Penasihat Shariah Untuk Memperkasakan Sistem Kewangan Islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan 38, 127 – 132.

Mohamad Akram Laldin dan Hafas Furqani. 2018. Islamic Financial Services Act (IFSA) 2013 and the Sharīʿah-Compliance Requirement of the Islamic Finance Industry in Malaysia. ISRA International Journal of Islamic Finance Vol. 10 No. 1, 94-101.

Mohamed Hadi bin Abd Hamid dan Rusni Hassan. 2014. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013: Tinjauan Awal Kesannya Dalam Industri Takaful. Kanun 26(2)254-267Mustafa Dakian. 2005. Sistem Kewangan Islam Instrumen, Mekanisme Dan Pelaksanaannya Di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.Mohamad Zaid et. al. 2011. Growth and Prospect of Islamic Finance in Malaysia. International Conference on Social Science and Humanity IPEDR vol.5 (2011). Singapore.

Perlembagaan Persekutuan. Presidential Decree No. 1083, s 1977.

Rusni Hassan, Mohammad Azam Hussain dan Adnan Yusoff. 2013. Penubuhan dan Bidang Kuasa Mahkamah Muamalat di Malaysia: Isu dan Cabaran. 25 Kanun 25 (1), 83-106.

Ruzian Markom & Norilawati Ismail. 2009. The Development of Islamic Banking Laws in Malaysia: An Overview. JUUM 13, 191-205.

Sudin Haron. 2008. Sistem Kewangan Dan Perbankan Islam. Intiprint Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

e-ISSN : 2550-1704