Mediation in Islamic Family Law Disputes: An Overview & Experience of the UKM Legal Aid and Mediation Centre

Asma Hakimah Ab Halim, Siti Naaishah Hambali, Fatimah Yusro Hashim, Nazura Abdul Manap

Abstract


ABSTRAK
Klinik Bantuan Guaman dan Mediasi, UKM (yang sekarang dikenali sebagai KBGM) pertama kali memulakan khidmat mediasi dalam pertikaian undang-undang keluarga Islam pada bulan Jun 2015. Keperluan untuk inisiatif tersebut jelas didorong oleh pengalaman masa lalu KBGM dalam menangani pelbagai kes yang melibatkan pertikaian keluarga Islam. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kaedah Mediasi sebagai medium penyelesaian yang berpotensi untuk diadaptasikan sebagai medium penyelesaian pertikaian bagi konflik melibatkan keluarga. Kaedah kajian ini adalah secara kualitatif dengan merujuk kepada sumber-sumber penulisan yang relevan mengenai mediasi, pemerhatian serta analisis kes-kes yang telah dijalankan di KBGM. Mediasi sebagai penyelesaian pertikaian alternatif adalah pilihan yang dapat dilaksanakan memandangkan keberkesanan kos, prosedur yang cepat dan ada elemen kerahsiaan. Kaedah ini memudahkan mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada keadilan. Pengalaman KGBM menunjukkan bahawa sebilangan besar pertikaian undang-undang keluarga Islam dapat diselesaikan melalui mediasi dan bukannya proses pengadilan. Penyelesaian melalui mediasi ini juga dapat memelihara hubungan kekeluargaan kerana pihak-pihak sendiri yang akan memilih dan mencapai persetujuan ke arah penyelesaian pertikaian mereka secara harmoni. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, kebiasaannya pihak-pihak akan terus bersengketa kerana proses di mahkamah bersifat ‘adversarial’ berbanding penyelesaian secara alternatif melalui mediasi. Pertikaian yang berkaitan dengan perceraian, hadhanah, pewarisan dan harta bersama adalah beberapa kes yang boleh dimediasi. Sepanjang keterlibatan tersebut, KGBM juga menemui beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan dan diperbaiki bagi memastikan kaedah ini boleh terus dilestarikan. Oleh itu, penulisan ini adalah merupakan perkongsian pengalaman KGBM dalam mediasi dan seterusnya mencadangkan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan perkhidmatan mediasi ini.
Kata kunci: Mediasi, undang-undang keluarga Islam, penyelesaian pertikaian
ABSTRACT
Legal Aid and Mediation Clinic, UKM (now known as KBGM) first started mediation services in Islamic family law disputes in June 2015. The need for such initiatives is clearly driven by KBGM's past experience in dealing with various cases involving family disputes Islam. This study aims to identify the Mediation method as a potential solution medium to be adapted as a dispute resolution medium for conflicts involving the family. The method of this study is qualitative with reference to relevant writing sources on mediation, observation and analysis of cases that have been conducted in KBGM. Mediation as an alternative dispute resolution is an option that can be implemented given the cost effectiveness, fast procedures and there is an element of confidentiality. This method makes it easier for those who are not able to get access to justice. The KGBM experience shows that a large number of Islamic family law disputes can be resolved through mediation rather than a court process. The settlement through this mediation can also preserve family ties as the parties themselves will choose and reach an agreement towards resolving their dispute harmoniously. This is important because if a case is brought to court, usually the parties will continue to dispute
15
because the process in court is 'adversarial' compared to the alternative solution through mediation. Disputes related to divorce, hadhanah, inheritance and common property are some of the cases that can be mediated. During the engagement, KGBM also found some aspects that need to be improved and improved to ensure that this method can continue to be preserved. Therefore, this writing is a sharing of KGBM experience in mediation and further suggests some improvements to improve this mediation service.
Keywords: Mediation, Islamic family law, dispute resolution


Full Text:

PDF

References


REFERENCES

Al-Zuhayli, Wahbah.1996.Al-Fiqh Al-Islaam wa Adillatuh, vol. 5 (Damshiq:Dar al-Fikr)

Discussion with Prof Siti Naaishah Hambali, Director of Legal Aid and Mediation Centre, on 29th September 2015 at KBGM, UKM-UNIKEB.

Interview session with Ian McDonough, Manager of Sacro’s Scottish Community

Mediation Centre on 26th of November 2015 at SCMC, Edinburgh, Scotland.

Julie MacFarlane. 1997. The Mediation Alternative in Julie MacFarlane (ed). Rethinking Disputes: The Mediation Alternative. London:Cavendish Publishing Limited.

Lisa Parkinson. 1997. Family Mediation (London: Sweet & Maxwell) p. 361

Mahamad Arifin, Norliah Ibrahim & Mwinyi Talib. 2012. The Role of Sulh Towards the Process of Reducing the Rate of Divorce in the Kadis’ Courts in Zanzibar: Following the Malaysia Model, Australian Journal of Basic and Applied Sciences, 6(11): 166-178.

Marian Roberts, Mediation in Family Dispute: Principles of Practice (3rd edn, Ashgate 2008), p. 47.

Rafidah Mohamad Cusairi. 2013. The Application of Islamic Shari’ah to the Muslim Minority Living in the UK: A Comparative Study on Family Mediation between English Law and Faith-Based Med-Arb at Shari’ah Councils, A thesis submitted to Glasgow Caledonian University in fulfilment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy, unpublished thesis.

Raihanah Azahari. 2004. Pelaksanaan Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan (JAKESS): Satu Sorotan Awal, Jurnal Syariah 12:2 (2004) p. 65 [43-78]

Said Bouheraoua. 2008. Foundation of Mediation in Islamic Law and It’s contemporary Application available at http://www.asiapacificmediationforum.org/resources/2008/11-_Said.pdf (accessed by 9 January 2016)

Zainul Rijal Abu Bakar.2011. Sulh in the Malaysian Syariah Court, paper presented in 2nd AMA Conference Rediscovering Mediation in 21st Century.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

e-ISSN : 2550-1704