Pesalah Muda Dalam Kes Jenayah Syariah di Malaysia: Kajian Ke Atas Had Umur Pesalah serta Hukuman Bersifat Pemulihan dari Perspektif Prinsip Syariah
Abstract
Abstrak
Menurut statistik kes jenayah syariah di Malaysia, kesalahan jenayah syariah turut dilakukan oleh golongan suspek yang berada dalam lingkungan umur yang muda. Suspek sebegini, sekiranya disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan oleh mahkamah syariah, adalah dianggap sebagai pesalah kanak-kanak menurut syariah. Seksyen 2, Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) pula menamakan mereka sebagai pesalah muda. Pesalah-pesalah muda yang disabitkan ini akan dihukum dengan hukuman sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh akta atau enakmen syariah di Malaysia. Justeru, kajian ini menjurus kepada isu had umur yang ditetapkan bagi pesalah muda dari perspektif prinsip syariah serta bagaimana prinsip had umur tersebut diaplikasikan dalam konteks dan kerangka peruntukan akta atau enakmen syariah. Kajian ini turut meneliti isu kesesuaian hukuman ke atas pesalah muda sebagaimana yang ditetapkan oleh prinsip syariah. Metodologi kajian yang digunapakai dalam kajian ini adalah kajian empirikal yang dikupas dalam kerangka kualitatif. Metodologi kajian perpustakaan digunapakai yang mana metodologi-metodologi analisis kandungan dan analisis kritis dilaksanakan ke atas buku, artikel serta laporan kes dari jurnal berkaitan isu had umur pesalah muda dan hukuman alternatif dari perspektif prinsip Syariah. Penyelidik turut menggunapakai kaedah temubual dengan menemubual para responden yang relevan bagi memperkukuhkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati ketiadaan penyelarasan mahupun penyeragaman dalam isu penetapan had umur pesalah muda antara prinsip syariah dan peruntukan undang-undang syariah di negara ini. Kajian turut mendapati ketiadaan penyelarasan dan penyeragaman dalam isu hukuman alternatif yang boleh dianggap setimpal dan bersesuaian untuk dikenakan ke atas pesalah muda yang disabitkan. Akhirnya kajian mencadangkan agar kedua-dua prinsip syariah dan peruntukan undang-undang syariah negara diselaraskan serta diseragamkan dalam isu penetapan had umur serta hukuman alternatif yang setimpal lagi bersesuaian bagi pesalah muda. Ini penting dalam memastikan hukuman yang bakal dikenakan bersifat retributif dan rehabilitatif.
Kata kunci: Pesalah muda; prinsip syariah; kes jenayah syariah; hukuman alternatif; pemulihan
Full Text:
PDFReferences
RUJUKAN
Abdul Rahman I, Doi. 1995. Undang-Undang Syariah. Penterjemah, Rohani Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mohamed Ibrahim. 2000. Islamic Criminal Law.The Administration of Islamic Law In Malaysia. Kuala Lumpur: Institut of Islamic Understanding Malaysia (IKIM).
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560).
Alwi Hj. Abdul Rahman. 1999. Jenayah Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anita Abdul Rahim & Wafaa’ Yusof. 2012. Umur Pesalah Kanak-Kanak: Ketidakseragaman dalam Enakmen Jenayah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di Malaysia. KANUN Jurnal Undang-Undang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Perlis) 2006.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Terengganu) 2001.
Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jinayah Syari’yyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah.
Hamid Jusoh. 1992. Perkembangan Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia, Siri Perkembangan Undang-Undang di Malaysia, Undang-Undang Islam, Jenayah, Keterangan dan Prosedur, Jilid 13. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lukman Abdul Mutalib et al. 2014. Tafsir Maudhu’iy Hudud, Qisas dan Takzir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed S. El-Awa. 1999. Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Satu Kajian Perbandingan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Nazri bin Haji Abdul Rahman. 2014. Hukuman Alternatif Dari Persepktif Mahkamah Syariah, Jurnal Hukum JLD. 39 BHG 1 JH (1435H) Ogos 2014M. Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Ordinan Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sarawak) 2001.
Paizah Haji Ismail. 1996. Undang-Undang Jenayah Islam. Selangor: Dewan Pustaka Islam.
Prof Madya. Dr. Abdul Basir bin Mohamad. 2004. Hukuman bagi Jenayah/Kesalahan Qisas, Hudud dan Tak’zir ke atas Juvana: Perbahasan Ulama, Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Juvana Menurut Persepktif Islam. Anjuran IKIM dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. 10-11 Februari 2004. Kuala Lumpur: Dewan Besar IKIM.
Tuan Muhammad Ridhuwan bin Ibrahim, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang. Temu bual, 23 Disember 2016.
Wafaa’ Yusof. 2008. Perlakuan Jenayah Kanak-Kanak, Al-Syariah Jilid 4 Fiqh Jenayah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yang Arif Tuan Haji Rosdi bin Harun, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu. Temu bual, 14 Disember 2016.
Yang Arif Tuan Kamalruazmi bin Ismail, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu. Temu bual, 14 Disember 2016.
Yang Arif Tuan Zaim bin Md Yudin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang. Temu bual, 20 Disember 2016.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN : 2550-1704