Keterangan Dokumen dalam Bentuk Digital di Mahkamah Syariah: Analisis Berkaitan Definisi Serta Kebolehterimaannya di Sisi Prinsip Syariah di Malaysia
Abstract
Abstrak
Keterangan berbentuk dokumen sering dikemukakan dalam perbicaraan kes Mal dan Jenayah di Mahkamah Syariah di negara ini. Keterangan tersebut amat penting dalam membuktikan dakwaan atau tuntutan yang dibawa ke Mahkamah Syariah. Antara bentuk keterangan dokumen yang sering dikemukakan di Mahkamah Syariah di Malaysia adalah keterangan dokumen dalam bentuk digital. Kajian ini menjurus kepada definisi serta kebolehterimaan keterangan dokumen digital di sisi prinsip Syariah dan bagaimanakah penerimaan prinsip prinsip tersebut oleh mahkamah syariah di Malaysia. Kajian ini adalah merupakan suatu kajian perundangan yang menggunapakai pendekatan berbentuk kualitatif. Ianya merupakan suatu kajian empirikal yang menggunapakai kaedah kajian perpustakaan. Dalam kajian perpustakaan yang dilaksanakan, kajian ini menggunapakai kaedah-kaedah analisis kandungan dan analisis kritis dalam menganalisis maklumat serta data yang diperolehi dari bahan-bahan ilmiah seperti buku, artikel serta laporan kes dari jurnal dalam isu berkaitan keterangan dokumen dan keterangan dokumen digital dari perspektif prinsip Syariah. Kaedah kajian lapangan turut digunapakai bagi memperkukuhkan dapatan-dapatan kajian yang sedia ada. Kajian ini kemudiannya mendapati masih terdapat kelompangan dalam prinsip Syariah berkaitan definisi serta kebolehterimaan keterangan berbentuk digital yang boleh diperjelaskan serta diperkemaskan lagi. Kajian turut mendapati terdapat keperluan untuk memperjelaskan lagi isu tahap serta keseragaman penerimaan Mahkamah Syariah negara ini terhadap kebolehterimaan keterangan digital sebagai pembuktian dalam perbicaraan jenayah dan mal syariah. Berdasarkan kedua-dua dapatan tersebut, kajian ini akhirnya mengemukakan cadangan agar prinsip syariah berkaitan definisi serta kebolehterimaan keterangan dokumen digital dapat diperjelaskan dan diperkemaskan. Kajian juga turut mencadangkan agar Mahkamah Syariah di Malaysia mengambil pendirian yang jelas untuk menerimapakai secara mutlak dan seragam keterangan dokumen berbentuk digital sebagai pembuktian yang sah dan bernilai dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah dan mal syariah.
Kata Kunci: Keterangan Dokumen, Keterangan Dokumen Digital, Prinsip Syariah, Kebolehterimaan, Kes Jenayah Syariah, Kes Mal Syariah.
Full Text:
PDFReferences
Rujukan
Buku, Jurnal dan Laman Sesawang.
Anwarullah. 2000. Principles of Evidence in Islam. Kuala Lumpur: Percertakan Zafar Sdn Bhd.
Abd al-Hasib. 1987. Qadi wa-al-bayyinah. al-Kuwayt . Maktabat al-Mu’all ..
Jasri Jamal. 2011. Kebolehterimaan Teknologi dalam Undang-undang Keterangan Islam di Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum, JLD 33 BHG 1. Putrajaya: Jabtan Kehakiman Syariah Malaysia.
Joint Technology Committee. 2016. Managing Digital Evidence in Courts. JTC Resource Bulletin.http://www.ncsc.org/~/media/files/pdf/about%20us/committees/jtc/jtc%20resource%20bulletins/digital%20evidence%203-14-2016%20final.ashx,.[10 Januari 2017].
Mahmud Saedon A. Othman. 2003. Undang-undang Keterangan Islam. Selangor: Dawama Sdn bhd.
Mohamad Ismail Mohamad Yunus. 2013. Nilai Keterangan Elektronik dan Digital Menurut Akta Keterangan 1950. Pengaman, Official Magazine of Royal Malaysia Police. http://irep.iium.edu.my/50511/ . [10 Januari 2017]..
Mohammed Burhan Arbouna. 1999. Islamic Law of Evidence : The Function of Official Document in Evidence. Kuala Lumpur: Syarikat Nurulhas.
My Metro. 2016. Adira Suami diarah Kemuka Bukti Nikah. http://www.hmetro.com.my/node/121099. [10 Januari 2017].
Nurainolmardhiah Abdul Halim, Setra Ginsim, Siti Khadijah Baharuddin. (2015). Admissibility of Digital Records as Legal Evidence in Malaysia. http://www.sarbica.org.my/images/stories/doc/SeminarOnElectronicRecords-KL2015/paper-case%20studies%20admissibility%20of%20digital%20records%20as%20legal%20evidence%20in%20malaysia.pdf. [9 Januari 2017].
Nurul Wazeera Ahmad Dahalan, Pensabitan Isteri Nusyuz Menurut Undang-undang keluarga Islam: Kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, http://studentsrepo.um.edu.my/5290/8/pliminari.pdf. [3 April 2017].
Raehana Burhanuddin. 2012. Jurnal Kajian Hukum Islam. Perceraian Menggunakan Sms, Email Dan Faksimili Di Mahkamah Syariah Daerah Pontian Johor Malaysia. http://e-journal.iainjambi.ac.id/index.php/arrisalah/article/view/210. [9 Januari 2017].
Sean E. Goodison, Robert C. Davis, Brian A. Jackson. 2015. Digital Evidence and The U.S. Criminal Justice System. http://www.rand.org/pubs/research_reports/RR890.html. [9 januari 2017].
Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Zulfakar Ramlee. 2013. Ke er ng n e i Ki h: Menurut Fiqh dan Undang-Undang Semasa di Malaysia. Jurnal Undang-undang Masyarakat. http://journalarticle.ukm.my/7026/1/Keterangan_Melalui_Kit%C4%81bah_Menurut_Fiqh_dan_Undang-Undang_Semasa_di_Malaysia.pdf. [9 Januari 2017].
Wan Abdul Fattah Wan Ismail. 2011. Kaedah Pembuktian Melalui Kitabah Elektronik di Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum. JLD 33 BHG 2. Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Hlm. 165-182.
Wan Abdul Fattah Wan Ismail. 2015. Forms of Doc men F sific ion in ysi ’s Sy ri h Courts. Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 9. http://www.ukm.my/geografia. [9 Januari 2017].
Wan Abdul Fattah Wan Ismail. 2016. Penerimaan dan Kekuatan Dokumen Elektronik dalam Pembuktian di Mahkamah Syariah di Malaysia. Jurnal Kanun DBP. Jilid 28 Bil. 2 Julai 2016. http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/06/6Dokumen.pdf. [9 Januari 2017].
Kes-kes Mahkamah
Ahmad Faozi bin Mansor lwn Norhafizah binti Ahmad. Kes Mal No: 14002-058-0001-2004
Mohd. Nizam b. Abdul Malik lwn. Fauziah bt. Mohd. Isa. Kes Mal No: 14004-058-0030-2006
Ramlee bin Ismail lwn Masuah bt Abd Rashid. Kes Mal No: 14005-058-0336-2007
Zabariah binti Mat Piah lwn Syed Abas bin Syed Ibrahim. Kes Mal No: 06100-041-0422 -2008
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN : 2550-1704