Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Kes-Kes Kewangan Islam

Nurul Husnah Omar, Ruzian Markom

Abstract


Abstrak
Umum mengetahui bahawa litigasi mahkamah merupakan forum yang sering dipilih sekiranya berlaku sebarang pertikaian di antara pihak-pihak yang berkontrak. Dalam hal ini, litigasi mahkamah dilihat sebagai kaedah konvensional dalam menyelesaikan pertikaian di mana forum ini telah digunapakai sejak berkurun lamanya dalam memutuskan sesuatu pertikaian sehinggakan ia menjadi suatu legasi sehingga kini. Dalam konteks pertikaian kewangan dan perbankan Islam juga, Mahkamah Sivil merupakan saluran bagi pihak yang bertikai menghujahkan permasalahan, tuntutan balas serta keadilan. Hal ini adalah selaras menurut Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bidang kuasa kewangan di bawah bidangkuasa Persekutuan. Oleh itu, mahkamah yang ada bidangkuasa untuk mendengar kes berkaitan adalah Mahkamah Sivil. Walau bagaimanapun, pelbagai kekeliruan dan isu timbul apabila sistem kewangan Islam ditadbir oleh Mahkamah Sivil. Hal ini termasuklah isu bidang kuasa mahkamah dalam menyelesaikan pertikaian kes-kes kewangan dan perbankan Islam, kepakaran para hakim Mahkamah Sivil dalam menyelesaikan kes-kes kewangan Islam dan jumlah Mahkamah Muamalat yang terhad. Kekeliruan ini telah memberi impak kepada mahkamah serta peguam dan pihak yang bertikai di mana terdapat beberapa kes yang diputuskan menimbulkan konflik perundangan. Artikel ini bertujuan menganalisa forum penyelesaian pertikaian alternatif yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan kes-kes pertikaian kewangan Islam.
Kata kunci: Penyelesaian Pertikaian Alternatif; litigasi; perbankan Islam; mahkamah sivil


Full Text:

PDF

References


RUJUKAN

Al-Quran, Al-Hujurat 49:10

Akta Pengantaraan 2012

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Akta Timbang Tara 2005

Jasri Jamal et al, Alternative Dispute Resolution in Islamic Finance: Recent Development in Malaysia, International Journal of Social Sciences and Humanity Studies Vol 3, 2011.

Kamal Halili Hassan, Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Suzanna Mohamed Isa, Penyelesaian Pertikaian: Mekanisme dan Perundangan, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014.

Nor’adha Ab Hamid & Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Pertikaian Perdagangan Pengguna: Penyelesaian Pertikaian Alternatif bagi di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2011.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia, Timbangtara http://mygov.malaysia.gov.my/BM/Relevant% 20Topics/MakeaBusiness/Business/ManagingYourBusiness/Arbitration/Pages/Arbitration .aspx, (8 April 2015).

Portal Rasmi Biro Pengantaraan Kewangan, http://www.fmb.org.my/bm/background (7April 2015).

Portal Rasmi The Malaysian Bar, http://www.malaysianbar.org.my/malaysian_mediation _centre_mmc.html, (7 April 2015).

Rusni Hassan et al, Penubuhan dan Bidang Kuasa Mahkamah Muamalat di Malaysia: Isu dan Cabaran, Jurnal Kanun Undang-undang Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013.

Syed Khalid Rashid, Alternative Dispute Resolution: The Emerging New Trend of Informal Justice, Syarahan Perdana yang ke-10 yang disampaikan pada 8 Oktober 2002 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2002.

Ucapan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pada Pelancaran Biro Pengantaraan Kewangan pada 20 Januari 2005,

http://www.bnm.gov.my/?ch=bm_speech&pg=bm_speech_all&ac=163〈=bm (7April 2015).

Umar A. Oseni & Abu Umar Faruq Ahmad, Dispute Resolution in Islamic Finance: A Case Analysis of Malaysia, 8th International Conference of Islamic Economic and Finance.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

e-ISSN : 2550-1704