Kecuaian Perubatan: Pendekatan Mahkamah Dalam Melindungi Hak Pesakit Berhubung Dengan Izin Bermaklumat Di Malaysia

Nur Amalina Ahmad Nazeri, Tengku Noor Azira Tengku Zainudin

Abstract


Abstrak
Kecuaian merupakan kesalahan di bawah undang-undang Tort yang memerlukan pembuktian terhadap tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah wujudnya tugas berhati-hati, berlaku pecahan tugas dan juga akibat daripada pecahan tugas tersebut ia memberi kerosakan ataupun kecederaan kepada individu di mana tugas tersebut dikenakan. Standard tugas berhati-hati adalah berbeza mengikut profesyen. Bagi kes-kes yang melibatkan kecuaian perubatan, standard yang tinggi dikenakan dalam menentukan tugas seorang doktor. Di England, kes Bolam merupakan kes pendanda aras bagi menentukan standard tugas berhati-hati seorang doktor. Dalam kes ini, standard tersebut adalah ditentukan berdasarkan amalan biasa dalam bidang perubatan. Ini bermaksud sekiranya seorang doktor telah melakukan tugasnya berdasarkan amalan biasa tersebut, maka ia telah memenuhi standard tugas berhati-hati seorang doktor. Di Australia pula, kes Rogers telah mengambil pendekatan yang lain di mana mahkamah perlu campur tangan dalam menentukan standard tugas berhati-hati seorang doktor dalam aspek pendedahan maklumat. Sekaligus ia melindungi hak pesakit dalam izin bermaklumat. Pendekatan mahkamah dalam kebanyakan kes awal yang diputuskan di Malaysia dalam melindungi hak pesakit dalam kes-kes kecuaian perubatan berhubung izin bermaklumat adalah tidak jelas kerana merujuk kepada kes Bolam yang bergantung kepada pendapat amalan biasa perubatan semata. Hal ini menyebabkan hak pesakit berhubung dengan izin bermaklumat tidak dilindungi di dalam antara kes-kes terawal yang diputuskan di Malaysia. Oleh itu kajian ini melihat bagaimana pendekatan mahkamah dalam kes-kes di England dan Australia berhubung dengan standard tugas berhati-hati dalam aspek pendedahan maklumat dengan lebih terperinci. Di samping itu, perkembangan kes-kes di Malaysia turut dikaji untuk melihat sama ada hak pesakit berhubung dengan izin bermaklumat dilindungi oleh mahkamah ataupun tidak. Di Malaysia, didapati kes Foo Fio Na telah beranjak daripada prinsip yang dinyatakan di dalam kes Bolam dan telah menggunapakai kes Rogers dalam aspek pendedahan maklumat. Hak pesakit berhubung izin bermaklumat adalah dilindungi di dalam kes ini. Namun begitu, beberapa penambahbaikan pendekatan perlu dilakukan oleh mahkamah di Malaysia berhubung dengan isu pendedahan maklumat ini. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan menetapkan satu kerangka kerja berkenaan dengan sejauh mana pendedahan maklumat boleh dilakukan selari dengan standard tugas berhati-hati seorang doktor untuk menjadikan segala-galanya jelas.
Kata kunci: Kecuaian perubatan; hak pesakit; izin bermaklumat


Full Text:

PDF

References


RUJUKAN

Carr C. 2012. Unlocking Medical Law And Ethics. Italy: Hodder Education.

Dr Puteri Nemie Jahn Kassim. 2003. Medical Paternalism Versus Patient Autonomy: Solving Conflicts In Medical Decision-making. Malayan Law Journal 2:1-11.

Dr Puteri Nemie Jahn Kassim. 2007. Medical Negligence Law in Malaysia. Kuala Lumpur: LaserPress Sdn Bhd.

Fahirah Syaliza Mokhtar, Anisah Che Ngah. Pesakit Sebagai Pengguna di Dalam Penjagaan Kesihatan di Malaysia https://www.academia.edu/11521242 [13 Mei 2015].

Gillon R. 1994. Medical Ethics: Four Principles Plus Attention To Scope BMJ 309:184- 188.

Mahendra A. 2013. The Law Of Medical Negligence: Where Does It Stands Post Foo Fio Na. Malayan Law Journal 1:1-18.

Mason & Smith M. 1994. Law and Medical Ethics. London: Butterworths & Co (Publishers).

Norchaya Talib, Saw Tiong Guan. 2006. Prinsip-prinsip Asas Tort. Petaling Jaya: Sweet & Maxwell Asia.

P.D.G.SKEGG. 1984. Law, Ethics, and Medicine. Great Britain: Clarendon Express Oxford.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957

Samantha A. & Samantha J. 2003. Legal Standard Of Care: A Shift From The Traditional Bolam Test. Clinical Medicine 3(5):443-446.

Siti Zubaidah Ismail. 2011. Kecuaian Perubatan Menurut Undang-Undang Tort dan Autoriti Mengenainya Dari Sudut Syariah. Jurnal Syariah 19(2): 133-162.

Tengku Noor Azira bt Tengku Zainudin. 2011. Keizinan Pesakit Tidak Upaya Menurut Undang-Undang Perubatan di Malaysia: Satu Kajian Perundangan. Tesis Dr. Fal, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Thomas M. 2009. Rogers v Whitaker Land On Malaysian Shores – Is There Now A Patient Right To Know In Malaysia? Singapore Journal of Legal Studies 182-210.

Yousof R M Fauzi A R M, How S H, Akter S F U, Shah A. 2009. “Hospitalised Patients” Awarness Of Their Rights: A Cross-Sectional Survey From A Tertiary Care Hospital On The East Coast Of Peninsular Malaysia. Singapore Medical Journal 50(5):494-498.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

e-ISSN : 2550-1704