Keperluan Mewujudkan Aplikasi Digital Mesra Syarak dalam Industri Pelancongan (The Need to Create Syariah-Friendly Digital Applications in the Tourism Industry)
Abstract
ABSTRAK
Dalam era globalisasi ini, umat Islam gemar merantau dan mengembara ke negara asing untuk mempelajari kepelbagaian budaya serta mengambil iktibar melalui pengalaman yang dialami. Namun, bagi memastikan ibadah selaku seorang Muslim, setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang mengembara adalah wajib dikaitkan dengan hukum Syarak. Di Malaysia, pegangan Mazhab Syafie menjadi amalan dan oleh yang demikian, apabila terdapat perbezaaan aliran dan amalan mazhab yang tidak diamalkan oleh mazhab Syafie di negara asing, orang muslim adakalanya akan berasa ganjil dan keliru sedangkan fahaman tersebut masih lagi berada di bawah Ahl al-sunnah wal jamaah . Artikel ini akan memperincikan keperluan kepada mewujudkan aplikasi digital mesra syarak dalam pelancongan bagi memudahkan pemahaman amalan di setiap negara yang dikunjungi. Usaha mewujudkan aplikasi digital mesra pelancong-pelancong ke luar negara berasas kepada 3 objektif utama yang hendak dicapai. Pertama sekali, menyediakan platform digital kepada pelancong beragama Islam untuk lebih memahami amalan mazhab di negara-negara yang dikunjungi. Kedua untuk memberi kemudahan kepada para pelancong untuk lebih memahami cara beribadah dalam suasana mazhab yang berbeza, manakala objektif yang ketiga adalah untuk memelihara maqasid syariah dikalangan umat Islam secara keseluruhannya. Metodologi yang digunakan ialah reka bentuk penyelidikan kualitatif. Data-data yang digunakan dan maklumat-maklumat dalam kertas ini adalah berdasarkan bahan bacaan yang termasuk Al-Quran, tinjauan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, jurnal, surat khabar, dan penulisan oleh ahli-ahli profesional dari blog-blog perjalanan dan laman web. Hasil kajian ini mendapati belum ada lagi sebarang aplikasi digital yang memfokuskan kepelbagaian amalan-amalan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah bagi membantu para pelancong dalam menjalankan ibadah di negara-negara yang dikunjungi. Sebagai kesimpulan kepada rumusan tersebut, didapati bahawa aplikasi seperti ini sememangnya amat perlu diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada umat Islam dalam menjalankan ibadah ketika berada di tempat asing.
Kata Kunci: Aplikasi digital, pelancongan Islam, panduan ibadah, kepelbagaian mazhab
ABSTRACT
In this era of globalization, Muslims like to wander and travel to foreign countries to learn about cultural diversity and learn from their experiences. However, in order to ensure worship as a Muslim, every activity carried out while traveling must be linked to Sharia law. In Malaysia, the beliefs of the Shafi'i school become a practice and therefore, when there are differences in the flow and practice of schools that are not practiced by the Shafi'i school in foreign countries, Muslims will sometimes feel odd and confused while the belief is still under Ahl al-Sunnah wal jamaah. This article will detail the need to create a syar'a-friendly digital application in tourism to facilitate the understanding of practices in each country visited. Efforts to create a tourist-friendly digital application abroad are based on 3 main objectives to be achieved. First of all, providing a digital platform for Muslim tourists to better understand the practices of the sect in the countries they visit. The second is to provide facilities for tourists to better understand how to worship in different sectarian settings, while the third objective is to preserve the maqasid of sharia among Muslims
2
as a whole. The methodology used is a qualitative research design. The data used and the information in this paper are based on reading materials that include the Al-Quran, surveys conducted by the government, journals, newspapers, and writing by professional members from travel blogs and websites. The results of this study found that there is not yet any digital application that focuses on the diversity of practices of the Ahli Sunnah wal Jamaah sect to assist tourists in carrying out worship in the countries they visit. As a conclusion to the formulation, it was found that an application like this is indeed very necessary to be created to provide convenience to Muslims in performing worship when they are in foreign places.
Keywords: Digital application, Islamic tourism, worship guide, diversity of sects
Full Text:
PDFReferences
RUJUKAN
Abdullah, R. (2017, May 4). Temani warga emas ke tanah suci. mStar. Retrieved December 2023, from https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/05/04/temani-warga-emas.
Abdul Shukor Husin (2000). Ahli Sunnah Waljamaah Pemahaman Semula. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Amree Ahmad (2023, Jun 8). Produk logo halal jakim boleh masuk indonesia tanpa sekatan. Kosmo.2023,https://www.kosmo.com.my/2023/06/08/produk-logo-halal-jakim-boleh-masuk-indonesia-tanpa-sekatan/.
Al-Din., N., Yahya ibn Sharaf, Muhyi, Matraji, M., & Matraji, A. Z. (1993). Riyad US-saliheen. Dar el-Fiker.
Abd. Majid, M. Z. (2007). Mazhab Syafie di Malaysia: Sejarah, Realiti Dan Prospek Masa Depan. Jurnal Fiqh, 4(1), 1–38. https://doi.org/10.22452/fiqh.vol4no1.1.
Bernama. (2022). Malaysia has much to offer in halal economy, other areas in muslim world.Bernama Malaysian News Agency.
Eating certain seafood is Haram, Turkey’s top religious body says in Fatwa. Duvar English. (2021, August 26). https://www.duvarenglish.com/eating-certain-seafood-is-haram-turkeys-top-religious-bod y-says-in-fatwa-news-58617
Fahmi Rusli, M. (2018, April 9). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke- 221: Hukum Sertu Menggunakan Sabun Taharah. Putrajaya, Malaysia. Retrieved May 28, 2023.
General Iftaa’ Department. (2019, June 13). Ruling on Killing Dogs and Ruling on their Impurity.General Iftaa’ Department https://www.aliftaa.jo/Question2En.aspx?QuestionId=3508
Hadith: If one of you makes ablution and then wears his leather socks, then let him wipe over them (in his next ablution) and pray while having them on without taking them off, except if he becomes in the state of Janābah. Encyclopedia of Translated Prophetic Hadiths. (2023). https://hadeethenc.com/en/browse/hadith/8392
Ibrahim, B. (2010). Perbezaan Pendapat Dalam Perkara Cabang Fiqh: Analisis Terhadap Pandangan Al-Qaradawi. Jurnal Syariah, 18(1), 191–228. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22680
Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-222: Hukum Memakai Kasut Dengan Niat Memakai Khuf. (2018, April 23). Putrajaya, Malaysia.
Khafidz Soroni, M. (2021, February 14). Abu hanifah imam ilmu fiqah & hadis. Harian Metro.2023, https://www.hmetro.com.my/addin/2021/02/674283/abu-hanifah-imam-ilmu-fiqah-hadis.
Mahmoud, A. (2016, November 18). Abu hanifa: the first imam. Ahram Online. August 2023, https://english.ahram.org.eg/NewsContent/32/1169/247211/Heritage/Inspiring-Minds/Ab u-Hanifa-The-first-imam.aspx#:~:text=Throughout%20the%20history%20of%20Islamic, Ahmed%20Ibn%20Hanbal%20(699%2D767.
Ravi Abdullah, M. F., & Mahad Musa, Z. (2020). Harmonisasi Mazhab Fiqh Dalam Mendepani Pandemik Conference: Persidangan Antarbangsa Webinar “Bermazhab di Era Milenial”At: Institut Agama Islam Negeri Ambo (pp. 1–14). Malaysia.
Ministry of Foreign Affairs Malaysia Portal. (2009, September 25). https://www.kln.gov.my/web/guest/home/-/journal_content/56/10136/180884?refererPlid=10139#:~:text=As%20a%20founding%20member%20of,Secretary%2DGeneral%20of%20the%20OIC.
Zulkafli, N. (2023, June 15). HDC bantu luas pasaran ke luar negara. Sinar Harian https://www.sinarharian.com.my/article/263515/berita/nasional/hdc-bantu-luas-pasaran-ke-luar-negara.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN : 2550-1704