Impact Analysis Model for Software Requirement Change

Marfizah Abdul Rahman, Rozilawati Razali, Dalbir Singh

Abstract


Persekitaran dan proses perniagaan yang dinamik menyebab perubahan keperluan dalam perisian tidak dapat dielak. Perubahan keperluan perisian perlu diurus dengan sebaiknya melalui analisis impak yang melibatkan pengenalpastian faktor penyumbang dan penilaian kesan perubahan keperluan terhadap persekitaran semasa. Analisis impak ini perlu disempurna oleh pasukan yang khas iaitu Jawatankuasa Kawalan Perubahan (JKP). Pada dasarnya, analisis impak membantu JKP memperoleh gambaran potensi impak sesuatu perubahan terhadap organisasi sebelum melaksananya. Ini perlu kerana analisis impak yang tidak sempurna boleh menjejas projek sekali gus kemampanan organisasi. Kajian lampau mengenal pasti beberapa faktor teknikal dan bukan teknikal yang perlu diambil kira semasa analisis impak perubahan keperluan perisian. Namun faktor tersebut dikaji secara bersendiri dan berasingan menyebabkan analisis impak menyeluruh sukar dilakukan. Justeru, kajian ini bertujuan  mengenal pasti dan menggabung faktor tersebut sebagai model analisis impak perubahan keperluan yang bersepadu. Kajian ini bersifat kualitatif  dengan data dikumpul mengguna teknik temu bual secara kumpulan fokus. Data yang dikumpul dianalisis mengguna teknik analisis kandungan. Hasil analisis mendapati terdapat empat kategori faktor yang terlibat iaitu Manusia, Proses, Teknologi (sedia ada) dan Organisasi. Setiap kategori faktor  mengandungi faktor dan elemen tertentu yang dihubungkan untuk menggambarperkaitannya. Model ini dapat diguna oleh JKP sebagai panduan menilai sesuatu permintaan bagi perubahan keperluan perisian.


Keywords


perubahan keperluan; pengurusan perubahan; perisian; analisis impak.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my