Automatic Production of Classification Number

Mohd Shahizan Othman, Zarina Shukur, Juhana Salim, Masri Ayob

Abstract


Dalam sesebuah sistem pengurusan sumber maklumat perpustakaan atau pusat sumber, antara proses penting yang terlibat adalah pengkatalogan dan pengkelasan sumber-sumber maklumat. Kedua-dua proses ini membolehkan data bagi setiap sumber maklumat dijana, direkod bersama dengan nombor panggilan yang diberi, bagi membolehkan sumber maklumat dikategori, di susun dan dicapai. Nombor panggilan merupakan nombor unik bagi membezakan satu sumber maklumat daripada yang lain dan ia terdiri daripada nombor klasifikasi, yang menentukan bidang sumber berkenaan. Kertas ini membincangkan proses penghasilan nombor pengkelasan secara automatik. Tujuan kajian ini adalah untuk membantu kakitangan sokongan yang tidak mempunyai latarbelakang dalam bidang perpustakaan supaya boleh mengendalikan perpustakaan secara perseorangan. Rekabentuk proses melibatkan kosep capaian maklumat. Implimentasi mempertimbangkan bahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ujian ketrampilan proses ini yang telah dilakukan terhadap 200 buah buku, menunjukkan kebolehpercayaan nombor pengkelasan yang dihasilkan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my