The Use of Internet in Business by Companies in the Klang Valley

Norhayati Abdul Mukti, Halimah Badioze Zaman

Abstract


Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji bagaimana kemudaahan teknologi Internet digunakan oleh para peniaga syarikat sederhana dan kecil daripada lima sektor (Komputer & teknologi maklumat, Pelancongan, Penyiaran & penerbitan, Pembuatan, runcit & borong dan Institusi pendidikan dan perundingan) di Lembah Klang, Selangor. Kawasan Lembah Klang dipilih sebagai sasaran kajian kerana kebanyakan syarikat sederhana dan kecil yang menggunakan Internet bagi tujuan perniagaan terdapat di kawasan ini. Kajian ini mengkaji penggunaan internet daripada tiga aspek iaitu: (1) Ciri-ciri laman web yang digunakan oleh syarikat untuk urusan perniagaan seharian; (2) Penggunaan internet dan keperluan maklumat di kalangan pengurus syarikat; dan (3) Faktor yang menghalang perlaksanaan perniagaan melalui internet. Sejumah lebih kurang 60 buah syarikat daripada lima sektor telah terlibat dalam kajian ini. Dari aspek ciri-ciri laman web syarikat, hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan syarikat telah menggunakan ciri-ciri laman web yang sama dengan yang terdapat di syarikat luar negara. Tidak terdapat satupun syarikat tempatan yang dikaji mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk menarik pelanggan tempatan khasnya. Kebanyakan ciri-ciri yang dipaparkan atau digunakan dalam laman web syarikat tempatan telah diperoleh daripada laman web yang telah dibangunkan di luar negara yang terdapat dalam internet. Dari aspek penggunaan internet dan keperluan maklumat dia kalangan pengurus kewangan mengunakan kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat mengenai keperluan pelanggan dan keadaan pemasaran, pengurus pengeluaran /operasi/teknikal menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat mengenai produk/ perkhidmatan baru dalam pasaran, dan pengurus personel/sumber manusia pula menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tentang polisi kerajan/ perundangan dan sekatan perdagangan. Dari aspek faktor yang menghalang perlaksanaan peniagaan di internet, hasil kajian mendapati faktor keselamatan atau sekuriti merupakan penghalang utama, diikuti degan faktor kontraktual dan kewangan, pencerobohan, kekurangan personel teknologi maklumat yang mahir dan faktor privasi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my