Evaluating Users’ Satisfaction for Towards Cluster-based Technology-based Network

Suhaila Zainudin, Khairuddin Omar, Johari Salim, Aziz Deraman, Hazilah Mohd. Amin

Abstract


Teknologi kluster merupakan satu teknologi yang digunakan untuk membangunkan sistem rangkaian komputer setempat memberi kesan terhadap sistem pada kesuluruhannya dari segi keberkesanan, kecekapan, dan ketersediaan sistem. Kejayaan penggunaan teknologi ini bergantung kepada penerimaan dan kepuasan pengguna terhadap sistem yang dibangunkan. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan pengguna terhadap penggunaan sistem rangkaian komputer berteknologi kluster. Kajian ini penting memandangkan penggunaan teknologi kluster pada sistem rangkaian komputer setempat masih baru terutamanya kepada pengguna komputer peribadi. Satu model kajian digunakan dengan memasukkan aspek khidmat teknikal sebagai faktor penting untuk kejayaan pelaksanaan sistem. Soal selidik berasaskan gabungan daripada beberapa penyelidik dibuat bagi mendapatkan maklumat mengenai tanggapan pengguna terhadap sistem dan khidmat nilai tambah yang mereka peroleh. Hasil kajian mendapati penggunaan teknologi kluster berjaya membantu mengurangkan masa henti sistem dan meningkatkan kepuasan serta kepercayaan pengguna terhadap sistem.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my