Structural Model of Usefulness Constructs Measurement for Mathematics Courseware

Noraidah Sahari @ Ashaari, Hairuliza Mohamad Judi, Abdul Azim Abdul Ghani, Mohd Hasan Selamat, Aida Suraya Md. Yunus

Abstract


Penyelidikan bagi membangunkan instrumen yang piawai, memerlukan dua langkah. Pertama, kajian penjelajahan bagi membentuk model ukuran melalui analisis data secara empirik daripada suatu populasi. Kedua, kajian pengesahan yang menguji model ukuran hipotesis terhadap data yang dikumpulkan daripada populasi yang sama. Dalam kajian awal, penyelidik telah menghasilkan satu model hipotesis dan satu set soal selidik melalui beberapa pengujian termasuk ujian kebeolehpercayaan dan ujian kesahan kandungan. Instrumen terdiri daripada tujuh faktor dan 64 metrik. Kertas ini membincangkan langkah seterusnya iaitu mengesahkan konstruk instrumen menggunakan analisis faktor penjelajahan seterusnya menghasilkan model berstruktur bagi kebergunaan perisian kursus matematik melalui analisis faktor pengesahan.

Keywords


Analisis faktor penjelajahan, Analisis faktor pengesahan, Konstruk kebergunaan, kepenggunaan, kefungsian, kecekapan, permodelan persamaan berstruktur

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my