SRL TOOL: Semantic Role Labelling Based on Heuristics in Natural Language Processing

Nazlia Omar, Siti Salwa Hasbullah

Abstract


Penentuan peranan semantik adalah suatu proses untuk menentukan struktur argumen bagi predikat dalam suatu ayat atau teks dengan menggunakan kaedah penentuan semantik. Satu kaedah dalam penentuan peranan semantik ialah dengan menggunakan heuristik. Heuristik merupakan panduan untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan dengan lebih cepat walaupun kadangkalanya, tidak secara optimum. Kebanyakan alatan atau aplikasi yang sedia ada untuk penentuan peranan semantik adalah terhad dan kurang mengaplikasikan kaedah penggunaan heuristik dalam penentuan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan penentuan peranan semantik yang lebih tepat dengan menggunakan kaedah heuristik. Alatan untuk penentuan peranan semantik yang dinamakan SRL TOOL dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan ketepatan penentuan peranan semantik menerusi penggunaan heuristik dan rujukan tanda sintaktik. Skop kajian tertumpu kepada penentuan sembilan peranan semantik yang dipilih iaitu Agent, Theme, Goal, Source, Instrument, Beneficiary, Location, Manner dan Time. Pendekatan kaedah penggunaan heuristik adalah untuk menentukan peranan semantik yang wujud dalam suatu ayat Bahasa Inggeris yang diuji. Pengujian dan penilaian telah dilakukan terhadap sembilan peranan semantik yang dikaji dengan menggunakan unit penilaian kejituan, dapatan semula dan F-Measure. Keputusan penilaian menunjukkan dapatan semula yang dicapai ialah 90.0% , kejituan 81.8% dan F-Measure 85.9% bagi pengujian ke atas set data ujian. SRL TOOL yang dibangunkan ini dapat membantu para penyelidik dalam bidang pemprosesan bahasa tabii. Selain itu juga, pembangunan perisian aplikasi ini turut berguna kepada pakar atau pelajar dalam bidang Linguistik.

Keywords


Penentuan peranan semantik, pemprosesan bahasa tabii, heuristik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my